BARU-BARU ini, isu sekatan kemasukan atlet perenang Paralimpik Israel ke Malaysia dikecam oleh kerajaan Israel yang membuat kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan polisi 'anti-semitisme fanatik' dan bertentangan dengan semangat Olimpik.
Ada sesetengah golongan rakyat dan pemegang pasport Malaysia yang mempunyai satu halaman khusus menyatakan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negeri Israel pula lantang mengutuk sekatan ini di media sosial, di atas sebab ketidakmanusiaan yang dikatakan memangsakan atlet-atlet Israel ini.
Kenyataan jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyatakan bahawa Malaysia mengamalkan sentimen 'anti-semitisme fanatik' yang lazimnya mengelirukan maksud “semitisme” mungkin kurang bersesuaian dengan pendirian diplomatik Malaysia terhadap kewujudan negeri Israel.
Pertamanya, 'anti-semitisme' didefinasikan di dalam kamus Merriam-Webster sebagai seseorang yang berpendirian yang tidak bersetuju dengan fahaman dan cara hidup penganut agama dan bangsa Yahudi, agak berbeza dengan pendirian menentang kewujudan negeri Israel. Orang Yahudi merupakan kelompok penganut agama Yahudi yang terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan, manakala negeri Israel pula merupakan sebuah negeri yang terdiri daripada penganut agama Yahudi, Kristian, Islam dan lain-lain.
Pendirian Malaysia jelas tidak mengiktiraf kewujudan negeri Israel, sebuah negeri yang dibentuk melalui penyerangan dan jajahan negara Palestin secara haram sejak lebih 50 tahun dahulu sehingga sekarang.
Tambahan lagi, Israel merupakan rejim yang memangsakan warga Palestin tanpa henti dengan mengusir mereka keluar daripada kediaman asal, kekejaman tentera dan pembunuhan secara terbuka dan besar-besaran terhadap penduduk awam termasuk golongan tua, wanita dan kanak-kanak, merampas hak asasi seperti kebolehan untuk mencari pekerjaan, menjana pendapatan melalui perniagaan, akses kepada kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga keperluan asas seperti makanan dan minuman.
Begitu banyak kawasan tanah Palestin dikawal ketat oleh tentera Israel dan kawasan kediaman khusus untuk warga Israel dibina secara haram dan dipagar untuk mengelak warga Palestin daripada masuk ke kawasan-kawasan jajahan Israel ini. Ibukota Palestin, Baitulmaqdis pula baru-baru ini dideklarasikan sebagai ibukota Israel yang dahulunya bertempat di Tel Aviv.
Hakikatnya, rejim Israel mempunyai pendirian bahawa Israel adalah negeri rasmi orang Yahudi dan sekaligus mewakili seluruh pelusuk orang Yahudi. Ini tidak benar sama sekali, malah tindakan pentadbiran dan tentera rejim Israel dikecam oleh ramai orang Yahudi di seluruh dunia.
Bezanya dari segi pendirian Malaysia adalah, sekiranya seseorang bangsa Yahudi yang merupakan warganegara selain Israel, mereka bebas untuk melawat Malaysia mengikut status hubungan diplomatik Malaysia dengan negara berkenaan. Pokoknya adalah Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negeri Israel, sekaligus tidak mengiktiraf kewarganegaraan dan pasport Israel.
Tanpa pengiktirafan pasport, pihak imigresen tidak dapat memproses kemasukan mana-mana warga Israel ke Malaysia. Soal kebenaran khas kemasukan atlet-atlet Israel ini juga tidak patut timbul, kerana Majlis Olimpik sepatutnya sudahpun mengambil kira pendirian diplomatik dalam melantik Malaysia sebagai salah satu penganjur pusingan kelayakan Paralimpik Tokyo 2020 ini.
Adalah amat sedih untuk memerhati segelintir warga Malaysia yang begitu mudah terkeliru dengan fakta sebegini yang membawa kepada ketegangan di antara penduduk Malaysia sendiri, sehingga boleh mengakibatkan hakisan semangat patriotisme dan kenegaraan sesama kita. Betapa rapuhnya semangat patriotisme sesetengah golongan warganegara Malaysia.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
* Syed Nabil Aljeffri merupakan Pengasas Persatuan Usahawan Muda ASEAN Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Syed Nabil Aljeffri
Sun Jan 20 2019

Pendirian Malaysia jelas tidak mengiktiraf kewujudan negeri Israel, sebuah negeri yang dibentuk melalui penyerangan dan jajahan negara Palestin secara haram sejak lebih 50 tahun dahulu sehingga sekarang. - Gambar fail

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Ilhan Omar lantang bersuara, berdebat dengan wakil khas Venezuela
Omar mendesak agar Abrams menjawab sama ada pihaknya melakukan perkara yang sama terhadap Venezuela.