Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global daripada tempat ke-35 pada 2016 kepada kedudukan 20 terbaik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata sasaran perlu lebih tinggi memandangkan jika persepsi dunia meningkat, pasaran produk Malaysia juga pasti akan meningkat.
Menurutnya sasaran segera adalah untuk meningkatkan keupayaan Malaysia menjayakan inovasi dan bekerja bersama-sama untuk menjadikan inovasi sebagai budaya tempatan.
"Apapun sasarannya, sama ada jangka sederhana atau panjang, meningkatkan inovasi merupakan proses yang terus dilakukan secara berterusan.
"Melengkapkan belia kita untuk tanggungjawap akan datang merupakan usaha yang kita lakukan sebagai satu pelaburan," katanya pada pelancaran perundingan bersemuka serta pemeteraian memorandum persefahaman dengan Yayasan Steinbeis Malaysia dan Persatuan Pengurus-pengurus Teknologi dan Inovasi, di sini pada Selasa.
Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh sijil perindustrian, Steinbeis Malaysia akan menjalankan program perundingan selama 30 minit bagi setiap 44 PKS yang menghadiri acara hari ini.
Nancy berkata usaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global merupakan antara aspirasi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang meletakkan inovasi dan kreativiti sebagai bidang utama.
"TN50 merupakan komitmen kami dalam menangani cabaran dan persekitaran ekonomi yang pesat, dengan penyelidikan dan inovasi memain peranan penting dalam pertumbuhan negara," katanya.
Nancy berkata agenda inovasi merupakan pengerak utama Malaysia, dan kerajaan komited melabur dalam pembangunan pengetahuan yang berpotensi selain kepintaran komersial untuk mewujudkan kekayaan baharu daripada kumpulan harta intelektual Malaysia.
"Sentiasa mengenal pasti jurang antara kerja-kerja penyelidikan dalam bidang akademik dan penghasilannya dalam bentuk produk yang boleh dipasarkan.
"Kesedaran untuk sentiasa menutup jurang antara pengetahuan dan kebolehpasaran, merupakan kebijaksanaan yang akan mengikat rantaian dan meningkatkan hubungan kerjasama dalam ekosistem secara menyeluruh," katanya.
Steinbeis Malaysia ialah pertubuhan yang tidak membuat keuntungan yang ditubuhkan melalui inisiatif Agensi Inovasi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
![Malaysia perlu sasar kedudukan 20 terbaik dalam indeks inovasi dunia Malaysia perlu sasar kedudukan 20 terbaik dalam indeks inovasi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441345569_NancyShukri.jpg)
NANCY: Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global kepada kedudukan 20 terbaik. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711619296_tbSunwaySinarRamad.jpg)
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
![Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024 manfaatkan 712 individu Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024 manfaatkan 712 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710914903_TBKarnivalKerjaya.jpg)
Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024 manfaatkan 712 individu
Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024: Tiada Yang Terpinggir berjaya membawa manfaat kepada seramai 712 individu dengan penempatan pekerjaan serta penganjuran temu duga kedua.
![Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643260564_nancyshukri.jpg)
Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
![PRU15: Nancy Shukri menang besar di Santubong PRU15: Nancy Shukri menang besar di Santubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667701820_NancyShukri.jpg)
PRU15: Nancy Shukri menang besar di Santubong
Nancy Shukri mendapat majoriti besar iaitu 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus.
![Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614776773_NancyShukriBusker.jpg)
Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral
Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances diselia MOTAC ini membolehkan artis buskers kembali menjana pendapatan, disamping berhibur.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600182007_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 September 2020.
![Tiup roh Rukun Negara, jangan hilang ditelan zaman - Nancy Tiup roh Rukun Negara, jangan hilang ditelan zaman - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594304262_DATUKSERINANCY.jpg)
Tiup roh Rukun Negara, jangan hilang ditelan zaman - Nancy
Roh Rukun Negara perlu terus ditiup dan disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda.
![GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15 GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593160584_rMenteriPelanconga.jpg)
GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.
![Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021 Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71593160584_rMenteriPelanconga.jpg)
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.
![Manfaatkan promosi dalam talian untuk tarik pelancong selepas COVID-19 reda - Nancy Manfaatkan promosi dalam talian untuk tarik pelancong selepas COVID-19 reda - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539683394_DataranMerdeka.jpg)
Manfaatkan promosi dalam talian untuk tarik pelancong selepas COVID-19 reda - Nancy
Ini masanya untuk mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan meneroka sepenuhnya pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan.