Sebelas badan bukan kerajaan (NGO) mengutuk keras Pelan Damai Israel-Palestin aturan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana didakwa tidak masuk akal dan mencabul hak Palestin.
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, kesemua NGO sepakat untuk menuntut semua pihak bersama-sama menyatakan solidariti terhadap Palestin dan menolak pelan yang biadab berkenaan.
Mereka menuntut masyarakat antarabangsa mewujudkan usahasama bagi menghentikan pelan yang mahu melupuskan hak rakyat Palestin.
"Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) digesa mengadakan mesyuarat tergempar atau memanggil Majlis Keselamatan untuk meluluskan resolusi mengecam pelan tidak masuk akal ini," katanya dalam sidang media mewakili 11 NGO terlibat, di sini pada Jumaat.
Selain MyCARE, antara NGO lain yang terlibat ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muslim Care Malaysia,Yayasan al-Quds Malaysia (QFM) dan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM).
Pada masa sama, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan forum-forum antarabangsa yang lain turut digesa bermesyuarat dan membuat pengisytiharan menolak pelan berkenaan.
"Pertubuhan-pertubuhan masyarakat sivil digesa menyatakan kebimbangan mereka terhadap nasib rakyat Palestin dan mendesak Amerika Syarikat agar menghormati hak rakyat Palestin daripada terus dicabuli oleh rejim Israel,"ujarnya.
Katanya, antara implikasi besar pelan berkenaan ialah pengabaian persetujuan-persetujuan sebelum ini yang berpandukan kerangka penyelesaian dua negara dan menjadikan tuntutan rakyat Palestin kepada sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum 1967 tidak lagi terpakai.
"Dengan kata lain, rakyat Palestin dipaksa hidup di bawah apartheid Israel tanpa sebarang harga diri dan kebebasan. Keamanan hanya tinggal angan-angan dan kemakmuran hanya untuk Zionis.
"Wilayah-wilayah yang diduduki oleh rakyat Palestin akan kekal sebagai wilayah yang terpisah-pisah; tak ubah seperti bantustan yang tertakluk kepada kawalan penjajah Israel," ujar beliau.
PELARIAN RAKYAT PALESTIN
Menurut Hafidzi, rakyat Palestin yang mendapat perlindungan di negara-negara Arab juga akan dinaturalisasikan sebagai sebahagian daripada proses normalisasi.
"Tiada perincian diberikan tentang bagaimana perkara ini boleh dicapai. Apa yang pasti, nasib pelarian Palestin akan terus terabai atas tuduhan mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas," tambahnya.
Malah, Trump juga dilihat hampir pasti untuk menggunakan pelan ini untuk menghentikan sebarang bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin atas alasan menangani keganasan.
"Sebarang penentangan rakyat Palestin yang sah di sisi undang-undang antarabangsa akan tetap dituduh sebagai satu bentuk keganasan. Sebarang seruan boikot terhadap Israel juga akan dianggap sebagai penyubur keganasan dan dilabel sebagai anti-semitik.
Dengan kata lain, Israel akan kebal daripada sebarang tindakan yang mencabar tindakan jenayahnya ke atas rakyat Palestin," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Fri Jan 31 2020

11 NGO mengutuk keras Pelan Damai Israel-Palestin aturan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana tidak masuk akal dan mencabul hak Palestin.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.

Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.

Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.