Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mengulangi gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres supaya pasukan keselamatan Myanmar mencari pendekatan holistik dalam menangani krisis di negeri Rakhine.

"Kami menggesa supaya semua pihak bertenang dan bersabar. Situasi dahsyat yang membelenggu saudara kita daripada etnik Rohingya perlu diredakan demi kebaikan Myanmar dan rantau ini," katanya menerusi akaun Twitter.



Pada Jumaat, agensi berita China, Xinhua melaporkan bahawa setiausaha agung PBB itu menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung tindakan kezaliman dalam operasi oleh pasukan keselamatan Myanmar di negeri Rakhine dan menggesa semua pihak agar bertenang serta bersabar bagi mengelak daripada berlakunya bencana kemanusiaan.

BACA: Badan dunia digesa campur tangan henti kekejaman etnik Rohingya

BACA: Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine

BACA: Kediaman dibakar, ratusan ribu pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh


Laporan itu menyebut Myanmar melakukan kekerasan itu berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar minggu lepas oleh Rohingya, sebuah etnik minoriti Muslim yang tinggal di pantai barat negara Buddha itu.

-- BERNAMA