Portal berita, Malaysiakini dan The Star Online, hari ini disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas.
"Pegawai itu mendakwa laporan berita berkenaan telah menjejaskan nama baik agensi terbabit (Jabatan Peguam Negara)," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.
Zainuddin berkata pihaknya bersama pasukan JSJ Putrajaya dan SKMM telah hadir di kedua-dua pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, kira-kira 6 petang tadi untuk menjalankan siasatan.
"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung artikel dikeluarkan mereka yang digunakan, seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk diambil keterangan," katanya.
Bernama
Fri Nov 06 2015
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad (gambar) berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas. - Gambar Fail
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
Tiga lagi tebusan warga Israel dibebaskan Hamas
Perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Hamas-Israel diteruskan dengan pembebasan tiga warga Israel pada Sabtu.
Nahas Philadelphia: Enam orang disahkan berada dalam pesawat
Enam individu berada di dalam pesawat kecil yang terhempas di Philadelphia, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), selepas pada mulanya melaporkan hanya dua orang berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Hamas serahkan dua tebusan Israel kepada wakil ICRC - Laporan
Hamas membebaskan dua tebusan Israel, Ofer Calderon dan Yarden Bibas, dengan menyerahkan mereka kepada wakil Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
PAUiTM dan Boustead Hotels & Resorts tandatangani Nota Kerjasama, perkukuh jaringan strategik
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia dan Boustead Hotels & Resorts secara rasmi menandatangani Nota Kerjasama bagi memperkukuh jaringan strategik.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
AWANI Ringkas: Jumlah PPS di Sarawak bertambah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Insiden rempuhan: Suspek dikenal pasti, tiga lagi suspek diburu - Polis
Polis giat memburu tiga suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden rempuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, Rabu lalu.
Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.
Anwar minta PDRM jangan sekat media buat liputan berita
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap mana-mana organisasi media dalam membuat liputan berita anjuran agensi itu.
Asyraf Wajdi saman Malaysiakini, Astro AWANI masing-masing RM25 juta
Kata Asyraf, sudah tiba masanya UMNO untuk bersikap lantang dan lebih agresif kerana parti itu sudah lama bersikap gentleman.
Panel 7 hakim tolak permohonan semakan Malaysiakini batal sabitan menghina, denda
Hujahan yang dibangkitkan oleh peguam gagal untuk meyakinkan mahkamah berhubung isu berkaitan dakwaan pelanggaran keadilan asasi.
Pandora Papers: Semua jawatan dalam Kumpulan Kenanga telah dilepaskan pada Jun 2010 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul telah merujuk perkara berkenaan kepada peguamnya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya.
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.
Saya tidak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali mengenai 1MDB - Kit Siang
Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dipaksa ketuk ketampi
Mengerikan! Seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 32 tahun berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor baru-baru ini
Indonesia bukan negara Islam walaupun penduduk majoriti Muslim - Ma'ruf
Ma'ruf memaklumkan bahawa kerukunan antara agama di republik itu harus dijaga, antaranya dengan menghormati kepelbagaian rakyat.
Komen berbaur hasutan, polis buka kertas siasatan terhadap Steven Gan dan Charles Santiago
Ia dipercayai berhubung reaksi mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Mkini Dot Com Sdn Bhd bersalah Jumaat lepas.