Selepas pelancaran Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0 di Temerloh, Pahang semalam, pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat umum.
Rata-rata mereka menyambut baik KR1M kerana model baharu ini mampu memberi pelbagai pilihan kepada mereka dengan harga yang murah.
Menurut seorang peniaga, Zaini Abdul Syukur, beliau mengharapkan KR1M diperluaskan ke semua daerah di Malaysia.
“Buka KR1M di seluruh kawasan bandar dan kampung supaya semua rakyat mampu menikmati hasil kerajaan untuk membantu rakyat,” katanya.
Menurutnya, penjenamaan semula KR1M mampu memberi pengaruh besar terhadap Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Sementara itu, seorang lagi responden yang ditemui Astro AWANI, Nadia Azwana, berkata KR1M akan menggalakkan masyarakat untuk membeli kerana terdapat pelbagai pilihan barangan pada harga yang murah.
Bukan itu sahaja, kerani itu turut beranggapan KR1M akan mempengaruhi rakyat untuk memilih pentadbiran yang diyakini dalam pilihan raya akan datang.
Akan tetapi, seorang peniaga runcit, Azman Said, mengakui KR1M 2.0 akan menggugat perniagaannya.
“Jika KR1M menjual produk-produk berjenama dengan harga murah, perniagaan saya sudah pasti akan tergugat. Keadaan lebih sukar dengan peningkatan warga asing yang membuka kedai runcit di kawasan ini,” jelas beliau.
Hasil kajian daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), kewujudan KR1M sememangnya mampu mempengaruhi undi rakyat terhadap kerajaan.
Perkara ini dibuktikan dengan 85 peratus responden di Jerlun menyambut baik KR1M diikuti dengan kawasan Parlimen lain.
Sebagai satu inisiatif kerajaan meringankan kos sara hidup yang meningkat, kerajaan telah menjenamakan semula KR1M 2.0 selaras dengan keperluan semasa rakyat.
Zaim Ibrahim
Mon Feb 05 2018
Najib ketika merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Temerloh. sumber- Astro Awani
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Warga emas menggeletar lihat rumah pusaka dua tingkat dijilat api
Tada apa yang mampu dilakukan Che Manis Abas selain daripada beristigfar tatkala melihat rumah pusaka dua tingkat yang didiaminya musnah dalam kebakaran.
Lelaki berdepan detik cemas, rumah dirempuh mesin tuai padi
Seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah mesin memproses padi terbabas dan merempuh dinding rumahnya di Kampung Teluk Toi, Jerlun, Kedah.
Keluarga petani, nelayan gunakan wang BPN untuk perbelanjaan perubatan, keperluan
Siti Fatimah yang berkerja sebagai pembantu kedai terputus mata pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.
Mukhriz sedia ikut jejak Tun Mahathir
Mukhriz berkata beliau terbuka untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan pusat dan bukan semestinya sebagai perdana menteri.
"Susahlah beraya tanpa air" - Keluhan penduduk
50 buah keluarga dari Jerlun, Kedah terpaksa pasrah apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa diraikan tanpa bekalan air.
Tragedi Ramadan: Usahawan wanita maut kemalangan
Tidak sempat mengambil stok barangan niaga, seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jerlun.
PRU14: Bergandingan dengan bapa, Mukhriz sifatkan pertandingan lebih meriah
Biarpun sudah dua penggal berada dalam arena politik, Mukhriz menyifatkan 'pertandingan' kali ini luar biasa malah lebih meriah.
'Asal jadi duit, kami akan kerja' - Pesawah
Dengan rekod seramai 54,132 pemilih, kawasan Parlimen ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana ekosistem politiknya yang penuh rencam.
Tuah nasib Mukhriz di Jerlun
Barisan Nasional yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Jerlum pada PRU14 nanti.
Mukhriz tanding Parlimen dan DUN
Selain Mukhriz, Datuk Amiruddin Hamzah juga akan bertanding kerusi parlimen dan Dun.