Tiada kata-kata yang mampu diucapkan Nor Salwati Abu Bakar, 30, tatkala diberitahu doktor tiada penawar atau rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit kanser tahap empat yang dihidapi anak bongsunya.
Namun, itulah hakikat pahit yang perlu ditelan Nor Salwati setelah anak ketiganya, Muhd Faiz Mohd Abdul Shukor yang berusia dua tahun disahkan menghidap kanser mata pada September tahun lalu.
Walaupun hatinya luluh, ibu tiga anak ini begitu tenang sekali menceritakan derita yang ditanggung anak kesayangannya akan tahap kesihatannya yang semakin buruk setiap hari.
Jika sebelum ini mata kanannya masih lagi berfungsi, kini Muhd Faiz kehilangan kedua-dua deria penglihatannya akibat sel kanser yang semakin merebak.
Menurut Norsalwati, 30, anaknya masih mampu melihat dengan sebelah mata sepanjang bulan Syawal lalu tetapi kini hilang nikmat melihat dunia sepenuhnya.
“Sewaktu kami bawa dia ke Hospital (Raja Permaisuri Bainun) Ipoh bagi sesi rawatan, dia memegang kedua matanya yang bengkak. Tiba-tiba dia cakap ‘mama adik dah buta, adik tak nampak, adik nak tengok mama’.
“Ketika itu saya terdiam, saya tak pasti sama ada dia tahu apa itu buta. Saya jadi terlalu sebak melihat nasib Faiz terpaksa tanggung derita pada usia sekecil ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Temong Hulu, Kati di sini, hari ini.
Menurutnya, sejak hari itu, dia dan suami berulang-alik ke hospital di Kuala Lumpur dan Ipoh selama 17 hari tanpa henti untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi mengurangkan sel kanser Muhd Faiz.
Harapan agar rawatan kimoterapi mampu membantu berkecai apabila diberitahu pakar perubatan bahawa hayat Muhd Faiz mungkin tidak panjang sekiranya berterusan diberikan kimoterapi.
“Kami diberitahu kesihatan Muhd Faiz akan bertambah buruk sekiranya dia diberikan rawatan kimoterapi berterusan.
"Ini kerana penyakit kansernya sudah merebak ke tahap empat dan kritikal. Dengan usianya yang masih kecil tubuhnya tidak mampu menerimanya lagi.
“Doktor memberitahu Faiz perlukan lebih daripada enam sesi kimoterapi untuk mengurangkan sel kanser dan ini akan memberi kesan kepada dirinya.
“Dengan kata lain, sudah tiada ubat atau rawatan yang boleh sembuhkan anak kami. Malah doktor nasihatkan saya membawa Muhd Faiz pulang ke rumah,” katanya sambil cuba menahan perasaan sedih.
Suaminya, Mohd Abdul Shukor Abd Rani, 35, berkata, beliau amat kagum dengan kecekalan hati satu-satunya anak lelaki mereka yang bertarung nyawa melawan penyakit kansernya.
Katanya, Muhd Faiz tidak pernah sekali pun merungut dan mengadu sakit kecuali sesekali menyentuh balutan yang menutupi mata kirinya.
“Dia tak akan mengadu sakit, sedangkan kita tahu kimoterapi membuatkan dia lemah, demam dan muntah dan sering panas badan. Kami sentiasa bertanyakan keadaannya, tapi mungkin dia tak nak kami risau.
“Satu lagi, Faiz anak aktif, biarpun rambut dah banyak gugur dan berasa lemah, tetapi dia main macam biasa, masih mengusik dua orang kakaknya,” katanya ketika menceritakan perihal anak syurganya itu.
Abdul Shukor berkata, beliau menerima dengan reda keputusan doktor mengenai status kesihatan Faiz namun tidak pernah sekali mengalah mencari rawatan alternatif sehingga hari ini.
“Saya tidak putus asa cuba mencari rawatan tradisional terbaik buat Faiz. Rutin harian kami adalah memastikan balutan matanya dicuci dan ditukar setiap pagi dan membawa ke hospital buat pemeriksaan. Saya tidak akan berputus asa,” ujarnya.
Sepanjang temubual berlangsung, Muhd Faiz sendiri kelihatan sering membelai wajah ibunya dan mencari tangan ayahnya seolah-olah mengerti dan menyelami pengorbanan kedua orang tuanya itu.
Malah, sesekali Muhd Faiz akan mengusik kedua-dua kakaknya sambil menyebut “malu-malu, Kak Long, Kak Ngah”.
Ayah yang cekal itu berkata, anaknya juga agak sukar bernafas kerana saluran udara yang kian menyempit selain rangka pipi yang retak akibat sel kanser yang telah merebak ke bahagian lain di mukanya.
Namun, beliau tetap gembira apabila melihat Muhd Faiz sudah boleh makan nasi bersama lauk kegemarannya berbanding sebelum ini yang tidak berselera langsung sepanjang rawatan kimoterapi.
“Hajat saya, kalau boleh pada suatu pagi nanti saya nak Faiz bangun celik mata, panggil mak ayah dan dia dapat lihat wajah kami dan kakaknya, Kak Long dan Kak Ngah, itu sahaja.
“Kalau boleh saya ambil azab dan beban Faiz, saya sedia tanggung semuanya kerana tidak tahan lagi melihat penderitaannya,” katanya.
Beliau terpaksa berhenti kerja kampung kerana tidak ingin berenggang dengan anak lelakinya yang sering mencari sentuhan ayahnya pada setiap masa.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang ke akaun BSN Nor Salwati Abu Bakar 08200-41-00017119-4 atau menghubunginya di talian 010-914 8604.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Aug 06 2017

Hakikat pahit yang perlu ditelan Nor Salwati setelah Muhd Faiz Mohd Abdul Shukor yang berusia dua tahun disahkan menghidap kanser mata pada September tahun lalu. - Foto Astro AWANI / Nazialita Geynna Maharan
Lawatan rasmi: Mohamad lawat Iran tiga hari
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi pertama ke Republik Islam Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.
Lawatan rasmi: Anwar lawat Vietnam dua hari - Wisma Putra
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Vietnam bermula hari ini dan dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama di ASEAN Future Forum (AFF) 2025, menurut kenyataan Wisma Putra.
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
Agong beri perkenan 6 akta diluluskan parlimen
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sudah memperkenankan enam akta yang diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat sebelum ini.
“Mesti lakukan sesuatu segera” - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan RUU pembangunan semula bandar memberi jaminan hak penduduk kekal dengan menaik taraf bangunan tempat tinggal.
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya jamin hak kekal, rumah itu lebih mahal dan baik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Dua maut mesin kilang proses getah meletup
Letupan dipercayai berlaku ketika semua pekerja terlibat sedang melakukan kerja penyelenggaraan ke atas lima mesin yang sedang beroperasi.

Tidak timbul isu pemilik asal hartanah akan diusir secara paksaan - PM Anwar
Kerajaan akan memastikan setiap pemilik asal hartanah memahami hak serta perlindungan yang diberikan, kata Perdana Menteri.

Zelenskyy desak EU percepat pengeluaran senjata, mahu bertemu Trump
Presiden Ukraine menggesa Eropah mempercepat pengeluaran senjata serta melabur dalam industri pertahanan di Ukraine.

Menteri Luar Mohamad adakan lawatan rasmi pertama ke Iran
Mohamad mengadakan lawatan rasmi pertama ke Iran bermula hari ini hingga Khamis, untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-8.

Masjid, surau bukan tempat sebar dakyah songsang - Sultan Nazrin
Sultan Perak tegur segelintir pihak yang salah guna masjid bagi menyebar dakyah fitnah serta berkepentingan politik kepartian.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

Kekal positif, kanser bukan penamat hidup
Mana-mana wanita didiagnosis menghidap kanser payudara iaitu penyakit yang menjadi musuh nombor satu wanita, pasti tidak mudah menerima hakikat itu.

Komposer terkenal Jepun Ryuichi Sakamoto meninggal dunia
Sebelum ini Sakamoto menerima rawatan untuk penyakit barah yang dihidapnya selama beberapa tahun.

Bintang 'Cheers' Kirstie Alley meninggal dunia
Menurut anaknya, True dan Lily Parker, mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan barah.

Keluarga rayu bantuan perubatan RM250,000, rawat anak barah tulang
Malah penyakitnya itu turut mengakibatkan dia tidak dapat meneruskan sesi persekolahan, sama seperti kanak-kanak sebayanya.

Jane Fonda umum hidap kanser, sedang jalani rawatan kemoterapi
Pelakon berusia 84 tahun itu memaklumkan beliau menghidap limfoma bukan Hodgkin (Non Hodgkin's Lymphoma).

Sasterawan Zaharah Nawawi meninggal dunia
Allahyarham dipercayai meninggal dunia setelah bertarung melawan penyakit barah yang dihidapinya.

Vaksin COVID-19: Pesakit kronik nekad ambil suntikan
Peningkatan kes COVID-19 dengan pelbagai varian baharu ketika ini mencetuskan kebimbangan orang ramai termasuk golongan pesakit kronik.

Mengenang 76 tahun pengeboman Hiroshima
Pengeboman kira-kira pukul 8.15 pagi waktu tempatan itu mengorbankan hampir 80,000 nyawa penduduk, termasuk kanak-kanak.

Kanser, kudung kaki tidak halang Noor Zeeda bangkit buru kejayaan
Noor Zeeda berkata berkat kesabaran dan dirinya yang tidak berputus asa, akhirnya nikmat kehidupan kini mampu dikecapinya.