Negara anggota ASEAN perlu memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk memastikan ekonomi gabungan itu terus teguh dan dinamik di rantau ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, integrasi negara-negara ASEAN penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi global dan kemakmuran.
Jelasnya, keunikan ekonomi ASEAN adalah kerana ikatan hubungan sejarah, budaya dan persamaan dalam sistem nilai.
"Pertumbuhan ekonomi digital di Asia Tenggara menjadi kunci kerjasama rentas sempadan untuk merealisasikan potensi penuh ASEAN kerana ia merupakan salah satu kawasan yang paling cepat berkembang di seluruh dunia.
"Seperti Asia Tenggara yang inovatif dan berdaya tahan, teknologi digital akan memainkan peranan penting dalam kemajuan serantau.
"Teknologi membolehkan penciptaan dan percambahan idea baru apabila negara menyediakan diri untuk merebut peluang pertumbuhan, sementara pada masa yang sama, bekerja melalui pelbagai cabaran dalam bidang kewangan, perdagangan atau ancaman luaran seperti pengganas siber," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada pelancaran Platform Digital e-Dagang Bohai Commodity Exchange Co (BOCE) Malaysia/ASEAN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Khamis.
Platform Digital e-dagang BOCE Malaysia/ASEAN itu akan berpangkalan di Putrajaya dan menjadi hab e-dagang baru yang membolehkan perniagaan di Malaysia dan ASEAN memasuki pasaran China melalui platform digital yang selamat dan cekap.
Tianjin Bohai Commodity Exchange melantik sebuah syarikat Malaysia, Commodities Global Trade Sdn Bhd, sebagai penyedia perkhidmatan platform dagangan serantau tersebut.
Dr Mahathir memberitahu, untuk tujuan itu, negara-negara ASEAN perlu bersedia secara digital termasuk dari segi penyediaan infrastruktur dan penggunaan teknologi di seluruh agensi kerajaan dan perniagaan.
"Ekonomi digital bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat permulaan, tetapi juga syarikat-syarikat sedia ada untuk berada di dalam era digital.
"Dengan platform e-dagang yang disokong kerajaan, perdagangan rentas sempadan ini adalah lebih selamat, lebih cekap dan berkesan untuk perniagaan," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu May 02 2019
Dr Mahathir menerima momento lukisan dari Pengerusi BOCE Dongsheng Yan (kanan), pada perlancaran platform e-dagang Commodities Global Trade Sdn Bhd di Putrajaya hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-ASEAN tindakan susulan lawatan PM Anwar ke Vladivostok
Rusia terus berhubung dengan Malaysia untuk menganjurkan forum itu bagi membincangkan aspek yang disentuh semasa lawatan Perdana Menteri ke Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Sektor pengangkutan pemacu utama peluang kerja, pertumbuhan ASEAN - TPM Fadillah
Sektor pengangkutan muncul sebagai pemacu utama penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
PM Anwar selamat tiba di tanah air selepas lawatan ke empat negara
Dalam lawatan empat negara tersebut, Anwar turut bertemu pemimpin dunia serta menyatakan komitmen Malaysia dalam memacu pertumbuhan mampan termasuk semasa menjadi Pengerusi ASEAN 2025.