Situasi malapetaka COVID-19 telah memberi kesan ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Sebagai contohnya tempoh KPK telah dillanjutkan sehingga 14 April 2020.
Walau bagaimanapun aktiviti rakyat boleh ditingkatkan menerusi penjanaan aktiviti di dalam rumah sewaktu krisis dengan menggunakan perkakasan mudah alih mereka dan juga kemudahan jalinan rangkaian tanpa wayar.
Ini kerana hampir setiap orang rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar mereka sendiri tanpa memerlukan pembelian perkakasan tambahan.
Untuk pembelajaran secara formal, rakyat dapat mengambil peluang menggunakan platform media social menggunakan perkakasan mudah alih mereka seperti menggunakan telefon pintar, mahupun Tablet.
Manakala para remaja atau orang dewasa yang masih belajar di institusi Pendidikan tinggi dapat menggunakan perkakasan mudah alih untuk pembelajaran berterusan untuk tugasan kerja mereka.
Sebagai contoh mereka dapat menggunakan perkakasan tersebut untuk berkomunikasi menerusi media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Telegram untuk berhubung bersama rakan dan juga pensyarah.
Para pelajar dapat berkongsi maklumat menerusi media sosial untuk menghantar kerja terutama menggunakan platform awam seperti penggunaan aplikasi Padlet atau Google Drive.
Seterusnya pelajar dapat membangunkan kandungan tugasan berbentuk video dengan menggunakan aplikasi seperti PowToon, Filmora atau Movie Maker.
Manakala para pensyarah dapat mempergunakan platform di atas talian untuk melaksanakan mesyuarat mahupun perbincangan bersama pelajar dengan keberadaan rangkaian tanpa wayar untuk aplikasi seperti Zoom atau Skype daripada rumah mereka.
Manakala majikan dan pekerja boleh berinteraksi dengan menggunakan perkhidmatan teknologi mudah alih, mengemaskini dokumen dan berkongsi maklumat berserta status kerja mereka yang terkini.
Rakyat boleh mengambil manfaat dengan menggunakan platform sumber terbuka menerusi perkakasan mudah alih untuk membaca dan mendapat pengetahuan baru sewaktu musim wabak COVID-19 dengan mengurangkan pergerakan diluar rumah dan meluangkan masa dengan lebih efektif.
Sebagai contoh mereka boleh mendaftar dengan percuma kepada platform e-learning melalui perkakasan mudah alih.
Antara platform yang boleh didapati daripada Udemy dan Coursera ada menyediakan kursus percuma untuk pelajar belajar dan mengulangkaji subjek berkaitan mata pelajaran atau kemahiran hidup yang lain daripada pelbagai subjek menggunakan video.
Manakala untuk kursus yang tidak formal khususnya boleh diaplikasikan menerusi pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih menerusi pelbagai saluran media sosial.
Pihak keluarga seperti ibu dan ayah di rumah boleh belajar ilmu baru seperti memasak, berkebun, pengurusan kewangan, maklumat kesihatan, cara pemakanan dan kaedah senaman dengan menggunakan media sosial seperti YouTube.
Manakala datuk dan nenek berserta anak dan cucu, adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan mereka dapat berkomunikasi menerusi media social Skype atau Zoom dan berkomunikasi secara digital menggunakan teknologi mudah alih.
Banyak tutorial penggunaan aplikasi media sosia ini boleh dicapai daripada YouTube.
Kepada mereka yang memerlukan bahan berbentuk keagamaan ianya boleh di capai dengan mudah dan pantas daripada telefon pintar mereka. Seperti kitab kitab suci mengikut agama masing-masing sebagai contohnya untuk mengakses Al Quran dan Hadis.
Terdapat juga buku-buku dan novel yang boleh dibaca menggunakan teknologi mudah alih. Syarikat pengeluaran akhbar sebagai contohnya daripada akhbar digital NSTP diberi secara percuma kepada para pembaca akhbar harian untuk mengetahui isu-isu semasa.
Bagi kanak-kanak awal usia dini selain melihat filem dan membuka aplikasi berunsurkan permainan mereka juga boleh mengambil peluang belajar menerusi aplikasi mudah alih dan media sosial seperti belajar Bahasa, Mengira, Belajar Pengkodan dengan bantuan ibu dan bapa mereka.
Keadaan kritikal ini menjadikan rakyat sukar bergerak untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan.
Maka perkhidmatan menerusi e-dagang boleh dimanfaatkan untuk untuk membeli makanan di atas talian tanpa perlu pergi ke pasar raya dan dapat mengelakkan diri daripada kesesakan orang ramai.
Perkara berkaitan kewangan seperti pembayaran bil dan pemindahan wang boleh dilaksanakan menerusi penggunaan servis Bank diatas talian tanpa perlu ke tempat dan lokasi terbabit.
Rakyat juga dapat menggunakan media social seperti Telegram, Instagram, Facebook, yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menyediakan maklumat yang sahih serta data-data terkini berkenaan status COVID-19.
Begitu juga rakyat harus menyedari akan pentingnya memeriksa kesahihan maklumat yang diterima atau disebarkan mengikut Akta Kandungan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 211 Akta Multimedia dan Komunikasi.
Akses maklumat seperti dibincangkan di atas memerlukan sejumlah data yang banyak.
Walaubagaimanapun kerajaan bersama pihak Telco perlu melihat akan perlaksanaan kadar rata untuk telefon mudah alih yang sudah lama dilaksanakan oleh negara maju seperti Australia.
Dimana terdapat akses data adalah tanpa had untuk pelan pasca bayar terutamanya untuk pelajar-pelajar IPT dan orang awam di Malaysia.
Jika ia dilaksana ini akan dapat membantu rakyat dengan mengurangkan kos perbelanjaan rakyat untuk membayar harga langganan data akses yang tinggi setiap bulan dan ia mampu memudahkan akses data tanpa had.
Terdapat juga kawasan luar bandar yang tidak mempunyai akses internet yang seragam dan baik. Justeru jaringan internet perlu diperbaiki mutu hubungan untuk memudahkan rakyat mengakses data dengan lebih efektif dan pantas.
Manakala penggunaan aplikasi-aplikasi menerusi teknologi mudah alih dapat digunakanmenerusi mereka yang telah berkemahiran dan dikongsikan pengetahuan bersama mereka yang memerlukan pengetahuan untuk menggunakannya sebagai contoh penggunaan aplikasi bercorak e-dagang, penggunaan bahan-b ahan multimedia untuk mengambil, mengedit foto, audio dan video.
Justeru itu adalah amat penting menerusi penjanaan aktiviti rakyat menerusi penggunaan teknologi mudah alih mereka sendiri dapat dimanfaatkan sepenuhnya sewaktu PKP sebagai cara pengisian masa yang lebih efektif dan berkualiti.
* Profesor Madya, Dr. Shamsul Arrieya Ariffin merupakan pensyarah kanan di Jabatan Komputeran, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.