Semua mangsa kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, yang membabitkan tujuh maut dan tiga cedera, telah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Perodua Alza, Mohd Zairul Mat Isa, 34 tahun, ibunya, Fatimah Mat Isa, 68 tahun, isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 tahun, dan anak mereka, Nur Qaseh Damia, 4 tahun.
Tiga lagi yang meninggal dunia ialah Zulkifli Suib, 49 tahun, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 tahun, dan anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3 tahun.
Tiga yang cedera pula ialah anak Mohd Zairul, Muhammad Haziq Zikri, 9 tahun, dan dua anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11 tahun, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Apit, 16 tahun.
Asmadi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.05 petang.
BACA: Tujuh maut, tiga cedera kemalangan di Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands
BACA: Polis sedang kenal pasti identiti 7 maut dalam kemalangan turun Cameron Highlands
Menurutnya, siasatan awal mendapati, Perodua Alza yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler.
“Kenderaan itu kemudian terbalik, menyebabkan kesemua mangsa terperangkap di dalamnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, proses bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Aug 12 2020
Tujuh orang termasuk dua kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah treler dan MPV di Jalan Keramat Pulai-Cameron Highlands, pada Selasa, 11 Ogos, 2020. - Foto JBPM
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Pelajar 17 tahun cedera jatuh dari tingkat lima PPAM
Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
Polis siasat himpunan solidariti terhadap Muhyiddin di pejabat SPRM
Seramai lima pegawai dan 39 anggota ditugaskan membabitkan semua elemen.
Remaja lelaki diberkas kes cabul dalam lif
Siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.
Mayat wanita reput ditemukan di dalam tasik di Putrajaya
Polis Putrajaya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang.
Pekerja kedai herba perubatan maut dipercayai dibunuh
Pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian yang menimpa lelaki tempatan berumur 31 tahun dikenali sebagai Boy itu pada kira-kira 1.15 tengah hari.
PKPD Hulu Kinta: Polis keluarkan enam kompaun, lapan saman trafik
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, operasi dijalankan ekoran isu yang tular menerusi laman sosial Facebook milik seorang pengguna.
Tular gaduh depan restoran di Ipoh, polis tahan 2 lelaki, cari pemilik akaun Twitter
Polis turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.
PATI diberkas ketika leka membeli-belah
Operasi dijalankan di kawasan yang sering menjadi tumpuan PATI mencari barang keperluan di pasar karat pada hujung minggu.
Mayat reput tepi landasan kereta api
Mayat mangsa ditemui masih berpakaian dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati barangan peribadi masih bersama mangsa.
COVID-19: 22 pekerja asing 'hilang' dari asrama berjaya dikesan - Polis
Mereka ditemui malam tadi dan terus dimasukkan ke PKRC di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan.