Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh, sebaliknya gambar yang tular di media sosial adalah mangsa kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata dakwaan berlaku kes bunuh mungkin timbul berikutan penemuan sebilah parang di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati, parang berkenaan sebenarnya dibawa oleh mangsa, Mohamad Akhbar Abd Manaf, 24,di dalam bakul motosikalnya.
"Mangsa dipercayai dari pekan Kuala Krau pulang ke rumah namun terbabas ke bahu jalan pada jam 9.55 malam dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala," katanya semasa dihubungi di sini, pada Jumaat.
Mohd Yusri berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk bedah siasat.
Sejak malam Khamis, beberapa gambar termasuk mayat yang ditutup dengan kain putih dan sebilah parang menjadi viral di laman sosial mendakwa ia adalah kes bunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 29 2020
Polis menafikan mangsa kemalangan dibunuh seperti yang tular di laman sosial.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
KLN beri bantuan rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi
Kementerian Luar Negeri (KLN) mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Mangsa maut kemalangan, bukan kes bunuh - Polis
Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh.