Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk segera menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa krisis di Aleppo, Syria.
Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim berkata situasi kemanusiaan sangat genting di wilayah tersebut pada masa ini dengan jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang dan amat memerlukan bantuan makanan serta perubatan.
"Kami menguar-uarkan bantuan sumbangan dihulurkan untuk mangsa konflik di negara melalui akaun Maybank 5628 3463 6987 atas nama Syria Emergency Appeal Dana Mapim," katanya kepada media sebelum berlepas ke Syria di sini hari ini.
"Dalam masa lima hari tabung derma untuk misi bantuan kecemasan Rescue Syria yang dilancarkan di media sosial sebelum ini berjaya mengutip sejumlah RM500,000," katanya.
Sani yang mengetuai misi menghantar bantuan ke Aleppo bersama tiga yang lain berkata jumlah bantuan yang terkumpul itu bagaimanapun masih jauh daripada sasaran iaitu sebanyak RM2 juta.
"Namun kita tidak mampu menunggu hingga sasaran tersebut dapat dikumpul memandangkan keadaan yang sangat genting di sana.
"Oleh itu kumpulan pertama ini yang diketuai saya sendiri akan berangkat dahulu ke Syria dan berada di sana selama 10 hari untuk menghantar bantuan makanan dan perubatan termasuk rancangan pembinaan 1,000 buah khemah untuk pelarian bernilai RM50,000," katanya.
Sani berkata mereka akan turut mendapatkan bekalan perubatan dari Turki dan membeli makanan daripada petani di kawasan Syria yang tidak terjejas.
"Selain itu, rakyat tempatan juga akan menghadapi keadaan yang lebih sukar dengan kehadiran musim sejuk dan kita juga akan menghantar 3,000 selimut dan baju sejuk untuk kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata bantuan yang disalurkan adalah misi kali ketujuh dilaksanakan Mapim sejak tercetusnya konflik di Syria.
Jelasnya rombongan yang kedua dijangka berlepas pada 15 Jan tahun depan dengan disertai 10 anggota Mapim. -- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016
Sani berkata bantuan yang disalurkan adalah misi kali ketujuh dilaksanakan Mapim sejak tercetusnya konflik di Syria. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.
34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.
Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai - SNC
Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.