Kerajaan negeri sedia maklum mengenai penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), yang ditutup berkuatkuasa hari ini.
Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Tan Kar Hing, keputusan muktamad berhubung penutupan itu dibuat antara Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan pihak bank.
"Selama ini kita tahu ada masalah (MAPS) tapi cuma keputusan muktamadnya antara bank dengan Lembaga Pengarah (BOD) PKNP. Keputusan akhir sama ada berkemungkinan diambil alih oleh pihak bank atau ditutup adalah keputusan BOD.
"Kita maklum ada masalah berlaku dan sebelum ini pernah berbincang mengenai pihak bank nak ambil alih sebab kegagalan membayar hutang.
"Kemungkinan (penutupan) itu memang sejak tahun baharu hari itu.. pernah tutup sehari, jadi kita tahu ada kemungkinan begitu, sehingga notis kata ia tutup dan saya baru tahu sehari sebelumnya.
"Saya fikir Menteri Besar sedia maklum (penutupan) dan maklum balas terperinci sewajarnya dirujuk dengan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNP," katanya.
Kar Hing berkata demikian ketika dihubungi mengenai status terkini taman tema itu yang tular di laman sosial mengenai penutupannya berkuat kuasa Selasa.
Terdahulu, taman tema MAPS di Ipoh yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.
Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.
Sementara itu, tinjauan media di MAPS hari ini mendapati masih ramai pengunjung yang tidak tahu mengenai penutupan itu.
Rata-rata antara mereka datang di hadapan pintu utama MAPS dan merasa kecewa kerana tidak berpeluang beriadah bersama keluarga.
Salah seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Yap Beow Soon, 33, berkata MAPS berpotensi menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
"Saya dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dan singgah sini (MAPS), saya dapati ia tutup dan agak kecewa juga.
"Kalau boleh mereka buat notis lebih awal tentang penutupan itu di mana-mana media sosial. Ini kali pertama saya ke sini dengan keluarga tapi tiba-tiba tutup pula," katanya.
Aida Aziz
Tue Jan 28 2020
Taman tema MAPS di Ipoh yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Foto: mapsperak.com
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
MAPS tutup: Pengunjung kecewa tiada notis awal
Keputusan muktamad berhubung penutupan itu dibuat antara Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan pihak bank.