Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mendakwa ia menjadi sasaran Malaysia Airlines (MAS) untuk diberhentikan kerja, ekoran lantang bersuara mengenai penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.
Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata perkara ini jelas dilihat melalui surat pemberhentian kerja yang diterima oleh tiga exconya, pada Isnin.
“Saya dimaklumkan oleh sumber-sumber yang dekat dengan MAS bahawa Nufam menjadi sasaran MAS kerana kami lantang bersuara.
“Ini seperti MAS sudah mengambil perkara ini sebagai isu peribadi. Ini menunjukkan MAS tidak bersikap professional.
“Kalau MAS rasa exco Nufam adalah penghalang bagi mereka, mereka harus berbincang dengan kami,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ismail berkata Nufam tidak akan berdiam diri dan bakal membawa isu tersebut ke Kementerian Sumber Manusia.
“Kami akan bangkitkan isu ini kepada Kementerian Sumber Manusia. Kami juga akan bangkitkan isu pemberhentian kerja,” tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller hari ini mengesahkan bahawa seramai 6,000 petugas MAS tidak akan menerima surat tawaran bagi berkhidmat dengan syarikat baharu.
Daripada 20,000 surat pemberhentian tugas yang telah dikeluarkan, hanya 14,000 daripadanya yang akan menerima tawaran kerja di syarikat baharu di bawah nama MAS NewCo yang diterajui Mueller.
T K Letchumy Tamboo
Mon Jun 01 2015
Nufam berkata ia menjadi sasaran MAS untuk diberhentikan kerja, ekoran lantang bersuara mengenai penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
[TERKINI] Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan Presiden Yoon Suk Yeol hari ini atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat pada 3 Disember lalu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
TSMC dibenar mengilang cip dengan teknologi 2nm di luar Taiwan
TSMC Dibenarkan Mengilang Cip Dengan Teknologi 2nm Di Luar Taiwan
Jumlah mangsa banjir meningkat sedikit di Johor, tiga negeri kekal
Jumlah mangsa banjir di Johor sedikit meningkat pagi ini berbanding malam tadi manakala situasi di Perak, Pahang dan Sarawak tidak berubah.
Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.
Prince Court hospital swasta pertama di Malaysia berjaya lakukan prosedur ESG
Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) merupakan rawatan baharu inovatif untuk masalah obesiti.
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
Presiden ICJ Nawaf Salam letak jawatan, galas jawatan PM Lubnan
Salam secara rasmi meletak jawatan sebagai anggota mahkamah itu berkuat kuasa serta-merta.
Kaji pengurusan tertinggi MAB, sebelum buat keputusan - NUFAM
NUFAM menggesa Kerajaan untuk mengkaji semula cadangan menutup atau menjual Syarikat Penerbangan Malaysia (MAB).
Keluarga masih ingin tahu apa berlaku kepada MH370 - Nufam
Ahli keluarga kru dan penumpang pesawat malang itu masih inginkan jawapan apa yang berlaku pada tarikh hitam berkenaan.
NUFAM ancam mogok terhadap MAS jika tidak ambil kakitangan bekerja
Presiden NUFAM memberi amaran bahawa mogok tersebut akan berterusan sehinggalah syarat-syarat yang diminta membuahkan hasil.
MAS tidak profesional sasarkan Nufam dalam pemberhentian kerja - Nufam
Nufam mendakwa ia menjadi sasaran MAS untuk diberhentikan kerja, ekoran lantang bersuara mengenai penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.