Jumlah pengurusan aset syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan masalah itu lebih besar berbanding derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bila RM2.6 billion, respon macam nak kiamat tapi bila RM30 bilion? Kami masih lagi melihat soalan-soalan yang dijawab dalam DUN Selangor tidak memuaskan hati bukan sahaja kepada kerajaaan persekutuan malah Pakatan Rakyat.
"Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Kalau tengok garis masa akaun media sosial pemimpin Pakatan Rakyat, mereka cuba mengalihkan isu ini," kata itu pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Harta dan Perumahan Awam di Sunway Resort Hotel and Spa.
Katanya beliau pelik kerana sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor yang bernilai RM2, mempunyai kuasa menguruskan aset bernilai melebihi RM30 bilion.
"Saya rasa ini tindakan yang tidak bertanggungjawab untuk mereka tidak melihat isu ini dengan keadaan sekarang ini.
"Sebelum ini kita dengar Menteri Besar Selangor Azmin Ali mahu menjelaskan kepada rakyat tentang isu ini dan kita rasakan jangan tunggu sampai November.
"Apa yang merisaukan saya adalah bagaimana syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor RM2 mempunyai kuasa untuk mengurus aset melebihi RM30 bilion dan mengapa tidak ada mekanisme untuk syarikat ini memberikan makluman kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor?" tambahnya.
Selain itu, Abdul Rahman turut menggesa agar Azmin tidak berlengah dalam membuat perjelasan mengenai aset yang dipegang syarikat kontrovosi itu.
"Banyak sangat soalan yang diajukan tapi tidak mendapat penjelasan Azmin. Sekarang ini dia perlu menjelaskan secepat yang boleh bagi meredakan kekeliruan rakyat.
"Saya risau 'check and balance' mungkin tidak ada dalam isu ini dan kita tidak mahu ada penyelewangan berlaku," jelasnya lagi.
Mariah Ahmad
Fri Aug 21 2015

ABDUL RAHMAN: Jumlahnya agak besar, RM30 billion, jauh lebih besar daripada RM2.6 bilion. Foto AWANI

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.

Agihan pendapatan AHB 5.00 sen bagi tahun 2024
Agihan pendapatan akhir bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Sept, 2024 sekali gus menjadikan jumlah agihan sebanyak lima sen b

APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.

Koperasi berdaftar kumpul RM156.18 bilion aset tahun ini - Ewon
Sebanyak 14,975 koperasi berdaftar di seluruh negara berjaya mengumpul aset berjumlah RM156.18 bilion tahun ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.

29,103 pegawai, anggota dan 1,070 aset bomba sedia hadapi banjir
Seramai 29,103 pegawai dan anggota JBPM bersiap-sedia bersama 1,070 aset untuk digerakkan bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku.

RM3.8 juta aset sindiket dadah disita
Kejayaan itu susulan penangkapan seramai 4,336 individu berkaitan dadah dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Maritim Malaysia perlu tambah aset
Keupayaan aset yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar.

AS digesa kembalikan aset milik Afghanistan
Kekurangan sumbangan antarabangsa menyebabkan Afghanistan melalui krisis ekonomi yang berpanjangan.