Selain Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun yang dilantik sebagai pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat-kuasa 1 Mei lalu, agensi berkenaan pada Jumaat turut mengumumkan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp.
Menyertai Ahli Parlimen Simpang Renggam itu ialah empat ahli yang terdiri dari Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Datuk Ab Rakib Ahmad, Datuk Ahri Hashim dan Dr. Shahridan Faiez.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, seramai tujuh lain orang juga telah dilantik sebagai Ahli majlis Mara yang baharu berkuatkuasa 15 Mei ini.
Kesemua tujuh orang yang dilantik itu ialah Prof. Datuk Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Datuk Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Datuk Sr. Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Nor Azri Zulfakar.
"Pihak kementerian yakin kesemua Ahli Majlis Mara yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan Mara dalam membangunkan Bumiputera," katanya.
BACA: Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Selain Ahli Majlis Mara, Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut mengumumkan pelantikan Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Kadir sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn. Bhd. (Mara Corp.).
Mara Corp akan dibantu oleh Jawatankuasa Penasihat yang dipengerusikan oleh Maszlee bagi memastikan Mara Corp berperanan seperti mana yang dihasratkan.
"Kementerian juga sedang mengenal pasti individu yang berpengalaman luas dalam bidang korporat dan berintegriti untuk menerajui Mara Corp. melalui iklan kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Corp. yang akan dikeluarkan pada waktu terdekat," katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Abdul Halim Mansor pula dilantik sebagai Pengerusi GIATMARA.
Astro Awani
Fri May 08 2020
Majlis Amanah Rakyat mengumumkan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Pengerusi Jawantankuasa Penasihat Mara Corp. berkuatkuasa 15 Mei ini. - Gambar fail
WUF12: Demi pembangunan mampan, Malaysia seru lebih banyak kerjasama awam, swasta
Malaysia menyeru komuniti global untuk melakukan lebih banyak kerjasama antara masyarakat, swasta dan awam (4P) dalam usaha membangunkan bandar dan komuniti yang mampan.
Pavilion Malaysia dilancarkan, jadi perhatian di WUF12
Pavilion negara di World Urban Forum (WUF12) Kaherah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Isnin.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Hanya sandiwara Anwar, ganggu PRN Sabah - Azizah
Datuk Seri Azizah Mohd Dun juga menyifatkan kenyataan Anwar itu bertujuan mahu mengganggu proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.