Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun berkata sekiranya inisiatif itu dapat dilaksanakan, ia mampu memacu kembali sektor pelancongan di negara ini.
"Malaysia memang mendapat angka yang begitu tinggi dari segi kunjungan pelancong daripada negara ASEAN terutama Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan lain-lain.
"Oleh kerana itu, kalau rundingan ini dipercepatkan, bukan sahaja sektor pelancongan tetapi dari segi sektor atau industri lain turut menerima impak positif seperti komersial dan pekerjaan," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.
BACA: HSBC cadang Malaysia dan tiga negara serantau bentuk 'travel bubble'
Beliau percaya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka protokol dan garis panduan pelaksanaan perkara tersebut yang akan diaplikasi oleh penggiat dan pelancong.
"Datuk Seri Ismail Sabri mungkin sudah menyediakan protokol bagi rentas sempadan ASEAN ini.
"Maka saringan COVID-19 mungkin perlu dimulakan di negara asal, kemudian ketika mereka masuk ke Malaysia juga perlu membuat saringan dan ujian swab," ujarnya.
Justeru, beliau berharap penggiat industri pelancongan tempatan dapat mempelbagai dan memperbanyakkan promosi pelancongan utama dan industri hiliran berkaitan pelancongan yang mereka usahakan.
BACA: Gelembung perjalanan Thailand kecualikan pelancong santai asing
"Kalau pelancongan domestik itu, kalau pergi satu tempat, bermakna kita akan dapat bermacam-macam.
"Saya nasihatkan kepada orang Malaysia, silalah bercuti di Malaysia kerana mereka sering kali bercuti di luar negara.
"Ada je duit, cuti luar negara, ke Eropah, Amerika, ke sana sini sebab negara-negara ini selalu mempromosikan di media ... sentiasa ada. Tapi pelancongan domestik ini kurang sikit.
"Saya tak salahkan Tourism Malaysia, sebaliknya pemilik produk itu sendiri yang kurang mempromosikan produk mereka," katanya.
Justeru, beliau berharap rakyat Malaysia untuk turut sama membantu dalam melakukan promosi secara dalam talian bagi menghidupkan kembali industri pelancongan negara.