Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu dikatakan turut menyebabkan tiga lagi yang mengikuti rombongan berarak secara berjalan itu cedera parah.
Kereta BMW yang merempuh keenam-enam mangsa, yang dipercayai dipandu seorang lelaki, meninggalkan tempat kejadian sejurus kemalangan itu.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dirawat.
