Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, mayat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, ditemui di bahagian penjuru katil dalam sebuah bilik yang terbakar di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, 14 Jun tahun lepas.
Saksi kedua dalam prosiding perbicaraan kes kematian Nazrin Hassan, iaitu Koperal Nazrin Zakaria, 39, berkata ketika tiba di tempat kejadian kira-kira 3 petang pada hari yang sama (14 Jun 2018) beliau turut mendapati dinding bilik tidur utama rumah tersebut berwarna hitam akibat daripada kesan kebakaran berkenaan.
Nazrin yang merupakan jurugambar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.
"Bilik itu terbakar sepenuhnya dan saya lihat mayat ada terbaring di lantai di penjuru katil.
"Saya juga lihat darah yang masih basah di bawah mayat dan sekitar mayat tersebut tetapi tidak pasti sama ada darah masih mengalir (keluar dari badan) atau tidak," katanya ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes tersebut di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di sini.
Beliau berkata demikian ketika disoal ketua pasukan pembelaan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung keadaan mayat mangsa ketika Nazri ditugaskan mengambil gambar lokasi kejadian berkenaan.
Selain Nazrin, dua lagi anggota polis turut dipanggil sebagai saksi pada hari pertama prosiding perbicaraan kes itu.
Mereka ialah Koperal Jumardi Mursalim, 34, dan Mahadin Bakar, 42, yang mana kedua mereka juga merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya.
Terdahulu, mahkamah diberitahu, pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa kematian Nazrin adalah dibunuh dan bukan disebabkan kejadian kebakaran berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Nazrin, 47, dibunuh antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018 di dalam bilik tidur utama kediaman itu.
Pada 12 Mac lepas, bekas eksekutif senior di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Samirah Muzaffar, 44, yang juga isteri kepada Nazrin, 47, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan
Prosiding perbicaraan itu disambung Jumaat depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 06 2019

Prosiding perbicaraan kes kematian Nazrin Hassan disambung Jumaat depan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Op Ragada: Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.

CEO Jeju Air dilarang keluar dari Korea Selatan
Polis di wilayah Jeolla Selatan mengesahkan larangan berkenaan terhadap dua individu termasuk CEO berkenaan.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dipecat sebagai CEO TMC Life Sciences, Wan Nadiah tuntut penyelesaian adil
Beliau mengesahkan tidak pernah dituduh melakukan sebarang jenayah, pecah amanah jenayah, salah urus kewangan atau isu berkaitan integriti.

Ketua Pegawai Operasi Dialog Mustaffa Kamal dinaikkan pangkat kepada CEO
Dialog turut mengumumkan Pengarah Urusan bagi Minyak dan Gas Huluan, Keith Collins, menyandang tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi.

CEO MDEC tamat perkhidmatan 31 Ogos
Mahadhir Aziz akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 31 Ogos 2024 selepas tiga tahun menerajui MDEC.

Seleweng dana: SPRM tahan CEO syarikat bergelar Profesor
SPRM menahan reman individu bergelar Profesor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi kerana dipercayai menyeleweng kira-kira RM270,000 dana syarikat