Mayat empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam letupan bom di Bangkok Isnin lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas, Rabu malam.
Pesawat Thai Airways TG 425 yang membawa mayat Lim Siew Gaik, 49; menantu lelakinya Lee Tze Siang, 33; anak lelakinya Neoh Jai Jun, 20; dan cucu perempuannya Lee Jing Xuan, 4, tiba di LTAPP pada 11 malam.
Mengiringi kesemua mayat itu ialah anak perempuan Siew Gaik, Neoh Yee Ling, 33, yang terselamat dalam kejadian itu.
Lebih 20 anggota keluarga lain menunggu di Kompleks Kargo LTAPP sejak 9 malam tadi.
Turut berada di LTAPP ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir serta barisan kepimpinan Barisan Nasional negeri.
Suami Siew Gaik, Neoh Hock Guan, 55, yang terselamat dalam kejadian itu, tiba di rumahnya di Taman Dedap, Butterworth kira-kira 5.30 petang tadi.
Suasana suram menyelubungi Kompleks Kargo LTAPP sejuruh kesemua mayat itu dibawa keluar dari pesawat berkenaan.
Anggota keluarga kesemua mangsa cuba mengelak pemberita serta jurugambar yang menunggu di pekarangan kompleks berkenaan, sebelum mereka bergegas meninggalkan lapangan terbang itu.
Kesemua mangsa adalah daripada satu keluarga yang bercuti di Bangkok dalam kumpulan tujuh orang.
Kesemua mayat kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang, sebelum dibawa pulang ke rumah mangsa di Taman Dedap, Butterworth dan Kampung Selamat, Kepala Batas.
Letupan kuat di Kuil Hindu Erawan, Ratchaprasong pada Isnin itu meragut nyawa empat rakyat Malaysia, manakala tiga lagi cedera.
Ramai warga asing turut terkorban dalam insiden itu yang turut mencederakan lebih 120 orang.
Letupan bom itu, merupakan satu daripada kes keganasan paling buruk di Bangkok dalam tempoh beberapa bulan lepas.
Astro Awani
Wed Aug 19 2015
Lebih 20 anggota keluarga lain menunggu di Kompleks Kargo LTAPP sejak 9 malam tadi.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.