Lebih menyayat hati apabila mayat Siti Masyitah Ibrahim yang dipercayai dibunuh itu ditemui dalam keadaan tangan terikat tanpa seluar kira-kira pukul 4 petang oleh penduduk kampung, tiga kilometer dari rumahnya.
Menurut sumber, kanak-kanak berkenaan dipercayai hilang pada 30 Januari lalu ketika pergi ke kedai runcit kira-kira pukul 5 petang sebelum tidak pulang ke rumah.
Katanya, ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan pada hari sama dan usaha mencarinya sekitar kampung ini dilakukan penduduk setiap hari.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata, mayat kanak-kanak malang itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk proses bedah siasat.
"Kita akan menjalankan proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematiannya. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya.
BACA: Lelaki ditahan bantu siasatan penemuan mayat kanak-kanak perempuan

