Mayat seorang lelakiditemukan diikat dengan batu bata di sebuah jeti persendirian di Sungai Rajang, dekat Jalan Lanang, pada Isnin.
Mayat itu ditemukan tersangkut pada pukat yang dipasang berdekatan sebuah bunker minyak oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada jam 6 petang.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, ketika dihubungi berkata, mayat tersebut yang belum dikenal pasti identitinya hanya memakai seluar panjang.
"Kita sedang cuba mengenal pasti identiti mayat itu. Sejak kebelakangan ini tiada sebarang laporan kehilangan orang diterima," katanya.
Mayat tersebut berjaya dinaikkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat pada jam 8.15 malam tadi dalam keadaan cuaca hujan lebat.
Menurut Stanley, enam batu bata masing-masing diikat pada leher dan bahagian pinggang mangsa.
Mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019

Mayat berjaya dinaikkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat pada jam 8.15 malam tadi. - Astro AWANI

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pemandu kereta cemas diserang lelaki guna batu bata
Seorang pemandu menempuh detik mencemaskan apabila diserang dengan menggunakan batu bata oleh seorang individu.

Penyampai TV diserang wanita bogel ketika siaran langsung
Serangan itu dilakukan oleh seorang wanita yang tidak dikenali menggunakan bongkah bata ketika Mirela sedang bersiaran langsung.

Bergaduh dengan penganggur, penoreh getah maut kepala dihentak batu
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada ibu saudara suspek mengenai kejadian amukan itu pada 4 petang.

Mayat lelaki ditemukan diikat dengan batu di Sungai Rajang
Mayat ditemukan tersangkut pada pukat yang dipasang berdekatan sebuah bunker minyak oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Penyelidik Afrika Selatan cipta batu bata daripada air kencing manusia
Penyelidik itu percaya penemuan itu smampu mengurangkan kesan pemanasan global kerana menggunakan semula bahan kumuh.