Polis mengesahkan terdapat kesan kelar di leher dan 13 tikaman pada dada dan perut mayat wanita yang ditemui disumbat dalam beg pakaian sebelum dicampak dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bedah siasat ke atas mayat dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan punca kematian adalah kecederaan parah akibat tikaman berganda.
Menurutnya, semakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdasarkan kesan cap jari, si mati dikenal pasti sebagai Tan Siew Mee atau nama panggilannya, Emilly berusia 52 tahun bekerja sebagai kakitangan sebuah restoran di Subang Jaya.
"Pada 24 Ogos lalu, rakan mangsa membuat laporan polis selepas dia gagal dihubungi dalam beberapa hari sebelumnya.
"Berdasarkan rakaman percakapan rakannya kepada polis, sebelum hilang mangsa ada bercerita tentang sesuatu perkara termasuklah khuatir kerana suaminya gagal dihubungi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.
BACA: Mayat wanita disyaki dibunuh, disumbat dalam beg dan dibuang di longkang ditemui
Baharudin berkata, polis kini sedang mengesan suami mangsa, Lim Ah Kee@Lim Kok Hoe, 79, dan tidak bekerja.
"Lelaki itu bersama mangsa menyewa rumah di kondominium sekitar Subang Jaya dan alamat lainnya adalah di nombor 173, Jalan Kalawai Georgetown Pulau Pinang.
Baharudin menambah, sehingga kini tiada waris mangsa yang tampil membuat pengecaman ataupun menuntut mayatnya.
"Berdasarkan rekod JPN, si mati berasal dari Pokok Sena Kedah," katanya.
Dalam pada itu, Baharudin menolak kemungkinan motif kejadian adalah samun memandangkan barang kemas yang dipakai si mati tidak hilang.
"Kita kekalkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Isnin lalu, sekitar jam 5.30 pagi seorang pekerja juruteknik syarikat telekomunikasi semasa menjalankan kerja pemeriksaan kabel menemui mayat wanita tanpa dokumen pengenalan diri dalam beg pakaian dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohammad Daniel Lee Abdullah di talian 019-6820 550 atau IPD Shah Alam (03-5520222) atau berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Sinar Harian
Thu Aug 29 2019
Baharudin menunjukkan wajah Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe (kanan) dan mangsa Tan Siew Mee pada sidang media di IPD Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
Lelaki cedera, rumah musnah dijilat api
Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.
Mayat wanita dalam beg: Ada 13 kesan tikaman di dada
Polis mengesahkan terdapat kesan kelar di leher dan 13 tikaman pada dada dan perut mayat wanita yang ditemui disumbat dalam beg pakaian sebelum dicampak dalam parit.