Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat tindakan pihak tidak bertangggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SPRM telah mengesahkan bahawa maklumat yang sedang tular itu adalah tidak benar.
Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Salleh berkata mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu akan dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kerajaan memandang serius penyebaran berita-berita palsu di media sosial dan ingin mengingatkan para pengguna agar tidak menyebarkan sebarang berita yang belum ditentukan kesahihannya,"katanya.
Salleh berkata perbuatan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh atau mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial. Semak terlebih dahulu berita-berita berkenaan dengan sumber yang betul," katanya.
Semalam, SPRM membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Cikgu Aming' yang memuat naik satu laporan portal kononnya SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes JANS.
Pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal yang bertajuk 'SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah'.
Pada 29 Dis lepas, tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM61.48 juta selain memiliki secara salah barangan mewah dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 8 Ogos ini.
Ketiga-tiga tertuduh ialah bekas Pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya Fauziah Ag Piut serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah, Lim Lam Beng.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2017

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata SPRM telah mengesahkan bahawa maklumat yang sedang tular itu adalah tidak benar.
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Imigresen tumpas sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing
JIM menumpaskan sindiket penipuan dalam talian didalangi warga asing selepas menahan 46 individu dari pelbagai negara dalam serbuan di 17 unit premis kediaman mewah di Kuchai Lama, semalam.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

'Kejam, tak berperikemanusiaan' - Sultan Pahang titah suspek bunuh Norshamira diberkas
Al-Sultan Abdullah bersama Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang berkenan menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.