Namun, keraian itu dilakukan secara normal baharu, iaitu dengan penjarakan sosial dalam kalangan mereka yang berada di dewan tersebut.

Majlis bermula selepas selesai sidang media yang dikendalikan beliau apabila beberapa kek disampaikan kepada beliau seiring nyanyian hari lahir.
Ucapan sempena hari lahir ke-57 beliau itu melimpahi media sosial sejak tengah malam tadi sehinggakan #HappyBirthdayDGHisham trending di Twitter.
BACA: Dalam 'perang' survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya