LEBIH 200 tahun yang lalu, Napoleon Bonaparte pernah berkata, “Aku lebih gentar kepada empat surat khabar yang tidak menyukaiku daripada seribu askar (bayonet).” Napoleon Bonaparte ialah seorang maharaja dan pakar ketenteraan terhandal ketika itu. Beliau berdepan dengan pelbagai kemustahilan sepanjang operasi ketenteraannya.
Napoleon bertempur dengan 25,000 tentera Empayar Ottoman dan 6,000 tentera di Mesir malah berdepan dengan angkatan tentera Austria dan Russia di Austerlitz. Empayarnya menjarah Sepanyol, Afrika Utara sehingga ke sempadan Russia.
Walaupun dengan semua pencapaian ini, Napoleon masih gentarkan surat khabar. Mengapa? Kerana surat khabar boleh mengawal dan mempengaruhi idea, kata-kata dan perdebatan. Napoleon takutkan perpecahan dalaman. Napoleon mahu kuasa kawalan mutlak. Malah berkata, “Aku mahu mencipta sebuah badan pendidikan yang akan menentukan cara orang Perancis berfikir!”
Dan itulah yang dilakukannya, mencipta rangkaian sekolah awam dalam usahanya untuk membentuk dan menentukan bagaimana rakyat Perancis sewajarnya berfikir dan bertindak. Usaha yang dilakukan Napoleon melalui sekolah awam terbukti berkesan tetapi beliau memandang rendah dan meletakkan titik noktah kepada kreativiti dan intelektualisme manusia. Konsep yang sama kemudiannya diadaptasikan di seluruh Perancis, dan menembusi tamadun Barat sehingga ke Amerika, dan akhirnya ke seluruh dunia.
Kebebasan Bersuara Menuju Pemikiran Kritis
Adakah rakyat Malaysia juga dikawal dalam aktiviti berfikir dan bertindak? Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?
Masyarakat perlu mula berfikir, mempersoal dan melibatkan diri, bagi memahami matlamat bidang kuasa, keputusan penghakiman atau sistem tertentu. Kita perlu mewujudkan landasan yang selamat untuk menggalakkan wacana intelektual dan mengizinkan rakyat Malaysia berfikir di luar kotak, mengatasi batas makna yang diajar di sekolah, norma masyarakat dan kerajaan.
Ini mungkin kelihatan seolah-olah seperti galakan untuk menyertai aktiviti memberontak tanpa hala tuju yang mengancam keselamatan awam. Namun sebenarnya kalau mempertimbangkan soal psikologi secara songsang dan kerencaman moral tidak diniatkan yang selalunya hanya berlaku apabila rakyat ditekan dan dalam situasi inilah rakyat akan berpihak dengan pihak pembangkang, walaupun pihak pembangkang itu tidak semestinya menjunjung kebenaran. Mereka membangkang hanya kerana ditekan.
Generasi muda terutamanya, akan mudah dipengaruhi dengan pelbagai idea, tanpa mengambil kira kesahihan, hanya kerana untuk menjadikan diri mereka berlainan daripada arus perdana. Ini tidak sihat. Kita perlu membenarkan dan membebaskan wacana dan wadah intelek. Pihak terpinggir dan tertindas perlu diberikan ruang untuk berdialog dan berdebat. Idea perlu dicabar dalam ruangan awam.
Bukti sejarah menunjukkan kemerdekaan idea dan pemikiran telah berjaya mencetuskan Revolusi Industri Britain. Malaysia juga perlu meraikan “Pencerahan” lebih daripada sekadar kemakmuran luaran semata, melalui Pemikiran Kritis.
Revolusi industri dan masa gemilang penciptaan hanya boleh berlaku sekiranya manusia diberikan kebebasan berfikir. Hanya ketika itulah manusia boleh mencapai kegemilangan hinggakan langit bukan lagi batas malah bulan pun boleh diraih.
Kisah Mobiliti Sosial melalui Pendidikan
Datuk saya merupakan testimoni bagaimana pendidikan melonjakkan mobiliti sosial rentas generasi. Beliau berasal dari Telok Panglima Garang, jauh daripada kesesakan Kuala Lumpur. Di awal hidupnya, beliau pelajar terbaik di sekolahnya dan ditawarkan biasiswa oleh Resident British ketika itu.
Beliau menyempurnakan pengajiannya di Victoria Institution, bekerja sebagai wartawan dengan akhbar Majlis. Ketika saya kecil, saya masih mengingati bagaimana beliau menekankan peri pentingnya pendidikan dan kesedaran sebagai kunci penggerak tamadun kemanusiaan yang hebat. Beliau bekerja keras bagi memastikan semua anak-anak serta cucu-cucunya berjaya menyempurnakan pendidikan tinggi. Saya masih ingat kata-katanya yang beliau tidak ada penyesalan lain kerana semua cucu-cucunya memperolehi pendidikan yang baik.
Banyak yang telah ditulis bagaimana Malaysia sewajarnya bebas daripada perangkap dan cengkaman pendapatan sederhana. Kita sudah terperangkap di dalamnya sejak 1996. Satu-satunya cara untuk bergerak ke depan ialah melalui pendidikan. Sejarah Negara Dunia Pertama berulang kali, membuktikan bagaimana betapa kuatnya kuasa pendidikan yang menjadi asas ketamadunan serta mampu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Menghargai Atok
Apabila saya memulakan perjalanan ijazah kedoktoran, adalah menjadi harapan untuk saya membentuk kesedaran dan menyumbang kepada masyarakat melalui tesis dan rencana. Kelompok rencana yang diterbitkan sewaktu penyelidikan merupakan sebahagian daripada naskah yang berjudul “Rich Malaysia, Poor Malaysians” dan “Malaysia Kaya, Rakyat Miskin”.
Naskah ini menggambarkan pemerhatian operasi harian Petronas kepada orang awam, selaku “cash cow” terbesar negara dan sumbangannya kepada pertumbuhan Malaysia. Saya kemudiannya juga menulis tentang realiti sosio ekonomi Malaysia, terutama sekali dalam soal Pendidikan dan Kesukarelawan. Saya cuba menterjemahkan faedah yang diperolehi daripada pendidikan; bahaya perangkap pendapatan sederhana; kesenjangan pendapatan yang semakin meluas serta kebejatan sosial yang semakin memburuk.
Paling mustahak, saya cuba menekankan bagaimana sebuah sistem pendidikan yang menyeluruh mampu memberi manfaat kepada keadaan sosio ekonomi yang lebih menyeluruh, yang pada masa sama akan menghapuskan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan negara bangsa. Hujah-hujah itu akhirnya dirumuskan kepada keperluan mendesak kepada pembuat dasar supaya memperkenalkan sasaran “Seorang Graduan, Sebuah Isirumah”.
Perlu diakui, saya menyentuh pelbagai isu. Tetapi secara keseluruhannya, pendidikan ialah salah satu, tidakpun yang satu-satunya, penyelesaian terpenting bagi kebanyakan masalah yang dihadapi kita pada masa kini. Perjuangan saya bukan memerangi ribuan askar. Perjuangan saya ialah penentangan kepada kelompangan pendidikan dan ketandusan kesedaran. Saya sepenuh raga percaya dan yakin yang hanya melalui pendidikan Malaysia akan makmur. Saya sepenuhnya percaya yang pendidikan ialah penyelesaian, kalau tidak kepada semua masalah, sekurang-kurangnya kepada banyak khilaf sosio ekonomi negara ini. Pendidikan sejati mengajar kita berfikir, bukan patuh buta.
Membentuk Kesedaran Bersama
Seperti debu yang tidak dipedulikan, begitulah kalau bersendirian dalam perjuangan- seperti saya dengan idea-idea ini. Bagaimanapun, debu sekecil ini boleh mencetuskan ribut sekiranya lebih ramai berpakat membentuk usaha bersama demi rakyat Malaysia.
Sekiranya kita membenarkan pemikiran untuk disemai, ia akan berubah menjadi dividen untuk negara bangsa kita yang kecil dan merdeka ini, tetapi masih lagi bergelut untuk memahami makna sebenar pertumbuhan, kemodenan dan pembangunan manusia. Sekiranya kita terus menghalang dan gagal menggalakkan pemikiran, rakyat Malaysia akan ditinggalkan berpecah belah dalam pergelutan sukar mencari makna dalam kebanjiran pengaruh global.
Pemikiran bukan hanya mencetuskan revolusi dan pergerakan anti-pemerintahan, tetapi juga membentuk dunia akademik, masyarakat dan mempengaruhi kepimpinan, perangkaan dasar, dan akhirnya kehidupan sejahtera manusia umum.
Selaku negara sedang membangun, Malaysia sedang mendepani halangan terakhir dan tersukar untuk mencapai kekayaan dan kemakmuran; yakni pembentukan masyarakat berasaskan ilmu pengetahuan, dipandu oleh para intelek dan pemikir. Baca, faham, fikir dan bertindak!
Mari semai budaya membaca dan pemikiran kritis dalam kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan kecintaan ilmu, cukup peduli untuk melonjakkan status sosio-ekonomi dan bergerak maju kepada Malaysia yang lebih makmur.
*Anas Alam Faizli memegang ijazah kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan. Beliau adalah seorang professional bidang pembinaan dan minyak & gas, seorang warganegara Malaysia yang prihatin dan adalah pengarang Rich Malaysia, Poor Malaysians dan bertweet di @aafaizli
**Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Anas Alam Faizli
Wed Nov 23 2016
Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar? - Gambar fail
Indonesia: Bakar suami selepas periksa akaun bank berkurangan
Seorang wanita hilang kewarasan apabila bertindak membakar suaminya, selepas tidak berpuas hati melihat akaun bank mangsa berkurangan.
Hassan Karim sedia digantung, dipecat keahlian PKR kerana kritik kerajaan
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tidak akan merayu terhadap keputusan yang akan diputuskan oleh Lembaga Disiplin PKR pada Ahad.
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ProtectHealth sasar tingkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta, NGO dalam PICK
ProtectHealth menyasar untuk meningkatkan penglibatan PPS dan NGO dalam PICK meskipun jumlah populasi dewasa yang telah lengkap divaksin sudah mencapai 70.5 peratus.
COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin di klinik atau hospital swasta, yang berhampiran dengan rumah mereka.
Proses vaksinasi di PPV WTCKL berjalan lancar
Segala proses vaksinasi adalah teratur dengan laluan ekspres disediakan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Kebajikan tidak mufliskan tetapi memajukan Malaysia
Benarkah pengagihan sumber ekonomi yang terbaik hanya akan berlaku melalui pasaran bebas di mana semua orang dalam ekonomi terbabit bergerak secara bersendirian?
Wanita kunci kekuatan sosio-ekonomi Malaysia
Wujud manfaat sosio-ekonomi besar sekiranya kita meneroka dan membuka potensi wanita yang sangat diperlukan negara.
Memerangi kejahilan dan ketidakpedulian demi Malaysia makmur
Adakah kita, selaku negara bangsa yang moderat dan progresif, memahami makna kebebasan, keadilan dan demokrasi yang sebenar?
Ekonomi Lompong Malaysia
Pembetulan asas ekonomi Malaysia perlu dilaksanakan sesegera mungkin dengan membekalkan peluang, capaian dan ganjaran- seimbang kepada semua warganya.
Satu ukuran sistem penjagaan kesihatan Malaysia: Adakah kita bakal gagal?
Sekiranya tiada perubahan yang dilakukan kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini, kita mungkin akan menjadi seperti Amerika.
Tiba masa untuk tolak politik tidak beretika - Ku Li
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk menolak amalan politik tidak beretika.