Sememangnya satu perkara mengarut apabila orang ramai diminta untuk tidak lagi mempersoal mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam artikel dalam blog terbarunya pada Selasa, Mahathir mengibaratkan situasi itu seperti seseorang sedang menyaksikan satu kejadian rompakan dan terpaksa menunggu perbicaraan sebelum berkata sesuatu mengenainya.
“Meminta orang ramai untuk tidak bertanya lagi mengenai 1MDB sehingga menunggu laporan Audit Negara dikeluarkan adalah satu perkara mengarut,” ujar beliau dalam blog peribadinya itu.
Beliau, dalam pada itu, mengulas mengenai artikel terbaharu daripada Najib dalam blognya, NajibRazak.com di bahagian FAQ (Soalan yang sering ditanya) bagi menjawab beberapa isu kontroversi baru-baru ini.
Mahathir dalam artikel terbarunya mengulas kenyataan Najib yang meminta rakyat untuk menunggu laporan Audit Negara akan mengambil bertahun lamanya dan penyiasatan akaun tidak akan mendedahkan apa-apa termasuklah tentang penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low.
“Ia tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz mempunyai wang yang begitu banyak ketika duit 1MDB lesap. Ia juga tidak mendedahkan transaksi pelik antara Petro Saudi, bank di Seychelles, Hong Kong dan Pulau Cayman.
“Kemudian duit daripada Cayman dibawa balik dan dideposikan di Singapura. Kini, bank itu berkata tiada duit didepositkan,” kata Mahathir,
Dalam pada itu, beliau berkata Audit Negara boleh mengaudit namun tidak akan mendedahkan banyak perkara dan perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah untuk menetap satu suruhanjaya.
Walaubagaimanapun beliau berkata ahli suruhanjaya itu tidak boleh dipilih oleh kerajaan di mana suruhanjaya ini bukan sahaja akan menyiasat 1MDB tetapi kerajaan secara keseluruhan.
Mahathir juga menyifatkan Najib gagal untuk menjawab sebarang persoalan mengenai kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Beliau berkata Najib tidak menjawab apa-apa selain menyatakan kes itu adalah sebuah kes yang lama.
“Perkara ini masih baru kerana kedua-dua mereka yang terlibat sebelum ini dibebaskan namun mereka dikenakan hukuman gantung.
"Rupanya mereka bertindak mengikut arahan. Hukuman gantung mereka bagai memperolok-olokkan keadilan,” jelas beliau.
Dalam artikel yang sama, Mahathir turut mengulas sama ada dengan pembelian jet peribadi atas alasan “keselamatan” akan menghentikan pencerobohan terhadap Sabah atau penyeludupan senjata di sempadan atau hanya terhad kepada mereka yang menaiki pesawat itu.
Astro Awani
Tue May 19 2015

Tun Mahathir menyifatkan ia satu perkara mengarut untuk meminta rakyat berhenti bercakap mengenai 1MDB. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.