PADA 12 Ogos 2020, Hari Belia Sedunia telah disambut dengan membawa tema ‘Penglibatan Belia Untuk Tindakan Globalisasi’.
Manakala, Hari Belia Negara pula telah disambut pada 15 Mei 2020 yang lalu dengan tema ‘Dekad ini, dekad anda’.
Kedua-dua tema ini mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia dalam merangka perubahan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Di Malaysia, beberapa perubahan telah berlaku bagi memperkasa penyertaan dan penglibatan golongan belia di dalam aktiviti politik, ekonomi, dan sosial negara.
Antaranya ialah pelancaran Dasar Belia Malaysia pada 15 Mei 2015 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997.
Ini diikuti pindaan takrifan umur belia iaitu dalam lingkungan 15 ke 30 tahun berbanding had umur 40 tahun sebelumnya.
Pindaan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Negara melalui Rang Undang-Undang Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 pada 24 Julai 2019.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2018, hampir 47 peratus daripada keseluruhan penduduk di Malaysia adalah terdiri daripada golongan belia.
Oleh itu kemampuan golongan belia dalam mencorak masa hadapan negara perlu diberi perhatian yang serius.
Sebenarnya tema ‘Dekad ini, Dekad anda’ membawa pelbagai pengertian. Dalam konteks krisis kesihatan COVID-19 yang masih melanda dunia pada ketika ini, golongan belia dilihat sebagai golongan yang paling terkesan.
Menurut laporan ILO dan PBB pada tahun 2020, di peringkat global, golongan belia berhadapan dengan cabaran pengangguran, perubahan bentuk pekerjaan, dan persekitaran pekerjaan yang kurang selamat serta stabil.
Risiko pengangguran belia khususnya dalam lingkungan umur 15-24 tahun turut meningkat dan sekiranya berlarutan akan mendatangkan kesan negatif jangka panjang yang lebih serius seperti jurang pendapatan dan tabungan persaraan.
Golongan belia juga merupakan golongan yang paling terancam akibat ketiadaan perlindungan pekerjaan memandangkan 77 peratus golongan belia di peringkat global bekerja di dalam sektor informal seperti ekonomi gig.
Kesemua cabaran di peringkat global ini juga merupakan cabaran yang sememangnya dihadapi di peringkat nasional.
Berdasarkan laporan Indeks Belia Malaysia 2015, indeks kesejahteraan belia berada pada tahap sederhana.
Namun domain kesejahteraan ekonomi berada pada tahap kurang memuaskan. Domain ini merangkumi indikator seperti jaminan kewangan, bebas hutang, literasi kewangan, kebolehpekerjaan, dan juga penggajian.
Oleh itu, domain ini perlu diberikan perhatian khusus kerana boleh menyebabkan peningkatan jurang taraf kehidupan dan seterusnya mengundang masalah sosial yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
Kesemua isu ini perlu ditangani dengan mengambil kira pandangan golongan belia seperti dengan penganjuran dialog sosial, sesi libat urus, dan kajian yang berterusan.
Namun daripada perspektif sosiologi, peristiwa besar seperti pandemik COVID-19 ini diramal akan membentuk ciri-ciri generasi yang lebih berdaya tahan, berdaya saing, berani mengambil risiko, pembuat keputusan yang kreatif, dan fleksi kepada perubahan.
Yang pasti, teknologi dijangka akan menjadi alat dominan dalam semua aspek kehidupan.
Dasar Belia Malaysia turut menggambarkan karakter belia Malaysia yang beragama, optimis tentang masa hadapan, rajin, sedia untuk didekati, dan cenderung kepada teknologi.
Sebenarnya semua karakter ini dapat dibuktikan melalui sumbangan dan penglibatan golongan belia yang semakin berani meneroka bidang baharu dan mencipta kejayaan seperti dalam arena e-sukan, keusahawanan digital dan sosial.
Golongan belia bukan hanya kreatif mencipta pekerjaan untuk golongan belia yang lain, malah berani meneroka peluang-peluang pekerjaan di negara maju seperti di Singapura.
Oleh itu, bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara dan Sedunia, golongan belia diseru untuk menghayati tema-tema yang diangkat dengan melibatkan diri secara lebih proaktif, bersikap ambil tahu dan responsif terhadap perubahan persekitaran samada di peringkat nasional ataupun global.
Golongan belia juga sewajarnya berani menyuarakan pandangan secara berhemah seperti dengan memberikan input di dalam kajian dan sesi libat urus yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Peluang, program, dan skim pembangunan yang banyak ditawarkan oleh pihak kerajaan dan swasta juga tidak bermakna sekiranya tidak direbut oleh golongan belia.
Yang paling utama, golongan belia perlulah menyedari dan memainkan peranan mereka sebagai pewaris negara, bakal pemimpin, dan warga global.
Dr. Rabeatul Husna Abdull Rahman adalah pensyarah kanan di Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, UTM sejak tahun 2007.
**Beliau aktif dalam penulisan, penyelidikan, serta perundingan dalam bidang Pembangunan Polisi Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.
***Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Dr Rabeatul Husna Abdull Rahman
Mon Aug 17 2020
Hari Belia Sedunia disambut dengan membawa tema "Penglibatan Belia Untuk Tindakan Globalisasi".
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
GV11: Hetty Koes Endang gembira dapat kembali sebagai juri
Penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang mengharapkan setiap peserta Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) tidak tertekan semasa bertanding.
AWANI Ringkas: Kim Swee beri kenangan terakhir di Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Presiden Persatuan Bola Sepak Brunei dipecat dan dikenakan tindakan undang-undang
Presiden Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD), Feisal Eusoff Patail dipecat oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
Keputusan dibuat berikutan Feisal dikatakan mencabar kuasa diraja dan tindakan undang-undang juga bakal dikenakan.
Tindakan pemecatan dikatakan ada kaitan selepas tular video beberapa pemain brunei melawat kelab malam di Krasnodar, selepas kekalahan besar skuad Brunei 0-11 kepada Rusia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, minggu lalu.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Pembekuan cuti 20 peratus anggota dan pegawai bomba
Bomba membekukan cuti kira-kira enam ribu pegawai dan anggotanya bagi berdepan gelombang kedua banjir yang dijangka pada Disember ini.
Jawatankuasa khas cari penyelesaian kekurangan bekalan beras
Jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan.
Isu GISB: Dasar Kanak-Kanak Negara ditambah baik, perbaiki SOP sedia ada
Datuk Seri Nancy Shukri berkata pengalaman berdepan kes tersebut dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki prosedur operasi standard (SOP), sedia ada.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
Johor kenal pasti tindakan untuk kurangkan kesan pembinaan lorong tambahan lebuh raya PLUS
Kerajaan negeri Johor mengenal pasti beberapa tindakan bagi mengurangkan kesan penutupan berperingkat lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya PLUS.
Menghayati tema Hari Belia
Kedua-dua tema ini mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan oleh golongan belia dalam merangka perubahan sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.