'Stalking' atau menghendap bekas pasangan sama ada menerusi perlakuan nyata atau media sosial tidak boleh dimasukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata takrifan menghendap dalam Kanun Keseksaan (KK) bukanlah satu jenayah.
Justeru jelasnya, perlakuan menghendap perlu dimasukkan dalam KK dan ditakrifkan sebagai jenayah sebelum sebarang akta boleh dibentuk atau dipinda.
"Memandangkan takrif 'stalking' ini bukan jenayah dalam Kanun Keseksaan, jadi kita tidak boleh masukkan ia di dalam Akta Keganasan Rumah Tangga kerana akta ini sudah ditakrifkan sebagai jenayah. Unsur 'stalking' itu tidak boleh bertahan atau ditakrifkan dalam akta ini.
"Jadi apa kita hendak buat untuk mengambil langkah seterusnya? Takrif atau kesalahan 'stalking' mesti dimasukkan dalam Kanun Keseksaan sebagai jenayah dahulu baru kita boleh ambil tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas penggulungan pindaan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga di Dewan Rakyat hari ini.
Pindaan Akta tersebut mendapat sokongan Ahli Parlimen menerusi undi suara dengan tiada sebarang pindaan dilakukan.
Pindaan kepada Akta tersebut bertujuan untuk mempertingkatkan perlindungan kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluargaan.
Merujuk kepada statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bermula pada tahun 2014 sehingga Disember 2016, sebanyak 15,617 kes keganasan rumah tangga telah dilaporkan.
Lima perkara utama yang diberikan perhatian dalam Rang Undang-Undang ini adalah memperluaskan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu membolehkan mangsa mendapatkan perintah perlindungan interim (IPO) dan perintah perlindungan (PO) apabila pelaku menggelapkan harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan; pelaku mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya atau keselamatan pihak ketiga atau mengalami kesedihan; dan pelaku berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau sebaliknya.
Selain itu, pindaan juga melibatkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) iaitu perintah perlindungan sementara (ex-parte) yang boleh diperoleh dengan segera daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat yang diberikuasa sekiranya mangsa dalam keadaan ketakutan dicederakan secara fizikal atau mangsa dicederakan secara fizikal.
Pemberian hak penghunian eksklusif kediaman bersama kepada mangsa bagi memberi perlindungan terhadap keselamatan diri mangsa semasa dalam IPO dan PO.
Program Pemulihan turut diwujudkan di bawah kelolaan KPWKM yang bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan seperti kekeluargaan, pengurusan kewangan dan pengurusan emosi kepada pelaku dan mangsa dalam tempoh perintah perlindungan bagi menangani punca permasalahan keganasan rumahtangga; dan penambahbaikan perintah IPO dan PO dalam aspek pemakluman status kepada mangsa bertujuan untuk menjamin prosedur kerja yang lebih telus dan cekap disamping memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa sama ada di bawah IPO atau PO.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 25 2017

'Stalking' atau menghendap bekas pasangan sama ada menerusi perlakuan nyata atau media sosial tidak boleh dimasukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga. - Gambar hiasan

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Jabatan Kesihatan Kelantan tutup lima premis jual makanan didapati kotor di Tumpat
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan lima premis menjual makanan yang tidak memenuhi tahap kebersihan ditetapkan, ditutup selama 14 hari di sekitar Tumpat, semalam.
Cipta sejarah Malaysia Book of Records
Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.
Dialog ASEAN25: Timor-Leste in ASEAN is it finally time?
On this episode of Dialog ASEAN25, we’ll take a closer look at Timor-Leste’s journey, its challenges, and what full membership would mean for the country and the region. Melisa Idris speaks with His Excellency Lisualdo Gaspar, Timor-Leste Ambassador to Malaysia, and Dr Khoo Ying Hooi, Associate Professor in the Department of International and Strategic Studies at Universiti Malaya and the first Malaysia to be appointed to the International Advisory Council of the Centro Nacional Chega! (CNC).
iSPOC buka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor
Kompleks Minyak Sawit Lestari Bersepadu (iSpoc) membuka peluang ekonomi dalam pelbagai sektor selain menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup pekebun kecil.
Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Sabah+: Modenisasi pertanian, perkukuh pengeluaran makanan
Selari dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan keterjaminan makanan, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri telah merangka perancangan pembangunan secara am termasuk pengukuhan industri pertanian bagi tujuan hiliran.

Menghendap bekas pasangan tidak masuk Akta Keganasan Rumah Tangga
'Stalking' atau menghendap bekas pasangan sama ada menerusi perlakuan nyata atau media sosial tidak boleh dimasukkan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521).