Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, yang juga Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa bagi menzahirkan hasrat Malaysia agar kesemua 47 warga Malaysia yang kini ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey dibebaskan dengan segera.
Ketika menghubungi Sokhonn lewat petang hari ini, Saifuddin menyampaikan rasa terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Kemboja itu atas keprihatinan beliau dalam perkara itu.
"Saya juga memohon supaya pihak Kemboja dapat memberikan kerjasama dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia terpelihara," katanya dalam satu kenyataan berhubung penahanan warga Malaysia di Kemboja.
BACA: 'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'
Saifuddin berkata beliau turut menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas kerjasama yang diberikan kerajaan Kemboja terutamanya dalam membenarkan beberapa lawatan konsular daripada Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terhadap tahanan tersebut.
Saifuddin berkata dua pegawai kanan Wisma Putra yang terdiri daripada Setiausaha Bahagian Konsular dan Ketua Bahagian Undang-Undang Kementerian Luar telah bertolak ke Banteay Meanchey hari ini untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja berhubung penahanan warga Malaysia.
BACA: Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja
Khamis lepas, Wisma Putra mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Dis tahun lalu, atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.
Saifuddin berkata beliau telah menekankan bahawa Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang Kemboja dan kerajaan Malaysia sentiasa mengingatkan rakyatnya supaya mematuhi undang-undang tempatan di mana jua mereka berada.
"Dalam hal ini, Malaysia telah memohon supaya pertimbangan ke atas perkara ini dapat dipercepatkan agar mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan kadar segera," katanya.
Saifuddin dalam pada itu berkata, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Ruzaimi Mohamad telah berada di Banteay Meanchey sejak semalam untuk memberikan bantuan konsular berterusan kepada warga Malaysia yang ditahan.
Lawatan konsular itu merupakan susulan kepada bantuan konsular yang diberikan oleh pegawai Kedutaan Besar pada 22 Jan lepas.
Kedutaan Besar Malaysia juga telah memudah cara lawatan Anggota Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien bersama beberapa anggota keluarga tahanan untuk membuat lawatan ke Penjara Banteay Manchey hari ini, katanya.
Atas inisiatif kedutaan, Saifuddin berkata seorang doktor daripada badan bukan kerajaan, Hospital Beyond Boundaries, turut serta dalam lawatan itu untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada di tahap yang baik.
"Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini dengan rapi dan akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam usaha mengembalikan mereka ke pangkuan keluarga di Malaysia," kata Saifuddin. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 13 2019

SAIFUDDIN: Dua pegawai kanan Wisma Putra telah bertolak ke Banteay Meanchey hari ini untuk meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja. - BERNAMA/Fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pembebasan 47 warga Malaysia selesai ikut prinsip kedaulatan undang-undang Kemboja
Beliau berkata terdapat proses dokumentasi perlu dipatuhi terlebih dahulu memandangkan kesemua tahanan telah menginap lebih masa dan lapan daripadanya kehilangan pasport.

47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja dijangka pulang mulai esok
Tumpuan utama kerajaan pada masa ini diberikan kepada usaha membawa pulang kesemua mereka dengan segera dan selamat.

Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang Jumaat selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan
Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang Jumaat.

'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'
Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey menerima layanan baik daripada pihak penjara.

Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia
Datuk Saifuddin Abdullah telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, pada Rabu.

'Saya dipaksa belajar seni bela diri, dan kini saya bersyukur'
Chan Rothana, mempunyai reputasi mampu menentang segala kemungkinan, sama ada sebagai artis profesional seni mempertahankan diri mahupun sebagai seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran mencabar.