Gangguan emosi selepas bersalin atau meroyan pada peringkat postpartum psikosis berisiko untuk membunuh jika tidak diberikan perhatian sewajarnya, ujar Pakar Psikiatri dari Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Dr. Najwa Hanim Md Rosli.
Jelas beliau, pesakit berkenaan boleh melakukan perbuatan itu kerana tidak mampu membezakan antara keburukan dan kebaikan sesuatu perkara.
Tambahnya, postpartum psikosis adalah peringkat gangguan emosi selepas bersalin yang lebih berbahaya berbanding kemurungan postpartum (postpartum depression) dan postpartum Blues (rasa sugul).
"Postpartum psikosis boleh menggangu keupayaan mereka untuk membuat keputusan secara waras.
"Selalunya apabila pesakit mengalami postpartum psikosis, perkara-perkara seperti risiko membunuh, mudah untuk berlaku kerana mereka sudah tidak boleh membezakan apa yang benar dan apa yang tidak," katanya semasa dihubungi Astro AWANI.
Diganggu 'suara halus'
Antara tanda-tanda seseorang wanita itu mengalami postpartum psikosis adalah antaranya mereka akan diganggu dengan suara-suara halus yang akan menyuruh mereka melakukan sesuatu.
"Apabila mereka mengalami halusinasi, mereka terdengar suara-suara yang hanya mereka mendengarnya tetapi kita (orang lain) tidak. Malah, suara ini menyuruh mereka berbuat sesuatu dan bagi mereka, suara ini sangat jelas dan nyata.
"Jadi, mereka tidak boleh bezakan apa yang benar dan apa yang tidak menyebabkan mereka terikut kerana mereka tidak tahu membuat keputusan dengan waras," jelasnya.
Tambah Dr Najwa, wanita yang mengalami postpartum psikosis pada kelahiran anak pertama boleh berlarutan sehingga kelahiran seterusnya.
"Jika mereka mengalami postpartum psikosis semasa kelahiran pertama, risiko untuk mengalaminya pada kelahiran seterusnya memang lebih tinggi," katanya lagi.
Jelasnya, tanda-tanda yang dialami pesakit postpartum psikosis dengan pesakit skizofrenia adalah hampir sama.
"Masalah halusinasi dan dilusi memang tanda-tandanya sama. Cuma permulaan bagi postpartum psikosis adalah selepas kelahiran, manakala pesakit skizofrenia boleh berlaku pada bila-bila masa," kata beliau.
Bersikap prihatin
Justeru, Dr. Najwa menyarankan individu yang menjaga wanita bersalin terutama suami agar sentiasa bersikap prihatin dan menjaga perasaan pasangan mereka.
"Kalau mereka sudah mengalami postpartum psikosis ini contohnya, mungkin dia boleh bercerita kepada suami (atau keluarga) tentang (pengalaman mendengar) suara itu dengan lebih jelas (terperinci).
Namun, kadang-kadang mereka tidak beritahu.
"Jadi, kita tengok perubahan sikap, atau cara mereka berkomunikasi dengan suara yang mereka dengar tersebut. Jadi orang yang menjaganya perlu prihatin dengan (keadaan) pesakit ini," kata beliau lagi.
Justeru, beliau menasihatkan penjaga agar segera membawa wanita bersalin di bawah jagaan mereka ke klinik atau hospital berdekatan jika terdapat tanda-tanda postpartum psikosis.
"Mereka juga boleh mendapatkan surat rujukan daripada klinik dan kemudian akan terus dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Sun Feb 05 2017
Wanita yang baru bersalin akan mengalami perubahan hormon dan ia boleh mempengaruhi gerak hati, pemikiran dan juga perbuatan. - Gambar hiasan
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.
ASEAN 2025: Kompleks Kraf Langkawi bersedia terima kunjungi delegasi
Delegasi ASEAN juga berpeluang membeli-belah pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia yang ditempatkan di bawah satu bumbung di kompleks itu.
Mangsa banjir di Sabah meningkat mendadak, Pahang kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal setakat 8 pagi.
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Meroyan berisiko untuk membunuh - Pakar Psikiatri
Postpartum psikosis adalah peringkat gangguan emosi selepas bersalin yang lebih berbahaya berbanding kemurungan postpartum (postpartum depression) dan postpartum Blues (rasa sugul).