Pemilik sebuah kedai dobi di Taman Bukit Sentosa, Rawang di mana seorang kanak-kanak terperangkap dalam salah satu mesin basuhnya, telah membuat laporan polis berkenaan insiden terbabit.
Namun, kata Mohamed Nazir Abd Razak, laporan polis tersebut hanya bertujuan bagi tuntutan insurans dan bukan sebagai pertuduhan terhadap keluarga kanak-kanak tersebut.
"Kita buat laporan polis sebab hendak buat tuntutan insurans. Ia bukan pertuduhan terhadap keluarga (mangsa).
"Tentang tuntutan pula, saya sendiri belum tahu lagi berapa kos kerugian sebab mesin basuh ini dari luar negara. Saya juga kena bincang dengan team saya terdahulu tentang isu tuntutan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Viral: Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh
Apabila ditanya langkah yang boleh dilakukan pihak mereka bagi memastikan insiden itu tidak berulang, Mohamed Nazir yang merupakan pemilik bersama kedai dobi tersebut, berkata mereka boleh meletakkan signage atau papan tanda mengingatkan pelanggan supaya tidak meletakkan apa-apa selain pakaian di dalam mesin basuh.
"Secara logik, mesin basuh bukan untuk basuh manusia. Tetapi kita boleh letak signage mengingatkan pelanggan supaya jangan letak manusia di dalam mesin.
"Bagaimanapun, perkara sebegini di luar jangkaan kita. Biasanya, dobi akan letak signage yang berkata letak pakaian sahaja. Kasut pun tidak boleh masuk (mesin basuh)," katanya yang turut kesal terhadap insiden yang berlaku di kedai dobinya itu.
Terdahulu, ketika dihubungi Astro AWANI, seorang lagi pemilik kedai dobi tersebut, Hazmal Hassan menjelaskan kanak-kanak lelaki terbabit dimasukkan ke dalam mesin basuh oleh bapa saudaranya sebagai satu gurauan.
"Lelaki itu masukkan anak buahnya dalam mesin basuh dan menutup pintu mesin tersebut. Kemudian dia mendapati pintu tersebut tersekat dan tidak boleh dibuka.
"Pihak kami masih sedang mengenal pasti kenapa pintu tersebut tidak boleh dibuka. Saya anggap, ia mungkin kerana berat muatan melebihi had yang dibenarkan," katanya.
Ujar Hazmal lagi, bapa kanak-kanak tersebut telah pun menghubunginya untuk meminta maaf.
"Dia juga ada berjanji untuk membayar kos ganti rugi mesin itu," tambahnya.
Siang tadi, viral di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah mesin basuh baju di kedai dobi layan diri.
Namun di penghujung video berdurasi dua minit 46 saat itu, mangsa berjaya diselamatkan oleh beberapa pekerja restoran yang bertindak memecahkan pintu kaca mesin itu menggunakan tukul besi.
Isabelle Leong, Afiq Ariffin
Tue Oct 02 2018
Paparan skrin menunjukkan seorang pekerja restoran cuba membuka pintu kaca mesin basuh di mana seorang kanak-kanak terperangkap di dalamnya.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
'Tindakan tak masuk akal sumbat tilam dalam mesin pengering'
Lelaki dan wanita itu dilihat menggulung tilam dan memasukkan ke mesin pengering meskipun menyedari ia tidak dapat memuatkannya.
Wanita ditikam di kedai dobi layan diri
Insiden menyebabkan wanita berusia 31 tahun berkenaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi mendapatkan rawatan.
Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim
PKP 2.0: Orang bujang merungut, dobi layan diri akhirnya dibenar beroperasi - Ismail Sabri
Waktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam.
Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh tiga kucing dalam mesin kedai dobi
Tertuduh, Muhammad Najwan Zulkefli, 24 tahun, didakwa telah melemaskan haiwan tersebut di dalam mesin basuh di sebuah pusat dobi layan diri di Kepong sekitar jam 5.30 pagi.
Kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh dobi layan diri
Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai sedang bermain bersama rakannya apabila dia sendiri masuk ke dalam mesin basuh itu.
Bayi berusia 5 hari dibiar kelaparan, dibuang dalam mesin basuh
Polis dan pasukan paramedik yang dimaklumkan tentang penemuan itu berkata bayi itu sihat namun dalam keadaan yang sangat lapar.
Bunuh kucing di dobi: Suspek terakhir direman
Suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan polis di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri selama hampir sebulan.
"Mesin basuh bukan untuk basuh manusia" - Pemilik dobi layan diri
Satu laporan polis telah dibuat namun ia hanya bertujuan bagi tuntutan insurans dan bukan sebagai pertuduhan terhadap keluarga mangsa.
Awas pengusaha dobi ingkar!
Larangan dan amaran itu bertujuan membanteras penggunaan LPG bersubsidi yang juga selama ini menyumbang kerugian kepada kerajaan.