Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamatan maahad tahfiz di seluruh negara susulan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang mengorbankan 23 nyawa semalam, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya difahamkan ada maahad tahfiz yang mengikut piawaian bomba, ada juga yang mendapat pendaftaran yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam tapi tidak mematuhi piawaian bomba.
"Macam mana pun elok kita melakukan 'stock taking' kepada setiap maahad tahfiz," katanya kepada para pemberita selepas beliau meninjau lokasi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi.
Terdahulu, Najib mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V meninjau lokasi kebakaran tersebut.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat terbakar 5.15 pagi Khamis.
Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan tragedi itu amat menyedihkan namun boleh dielakkan sekiranya tiada pindaan dilakukan daripada pelan asal yang telah diluluskan oleh bomba.
"Bila dibina dinding tambahan menyebabkan 'fire exit' satu sahaja, namun demikian kita perlu menunggu siasatan yang mendalam oleh pihak polis dan bomba sebelum kita boleh membuat apa-apa kesimpulan berdasarkan fakta," katanya yang baru kembali ke tanah air malam tadi selepas mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Mengulas lanjut mengenai pusat tahfiz itu, Najib berkata pusat berkenaan dalam perancangan untuk berpindah ke bangunan baharu dalam masa beberapa hari lagi.
"...tetapi takdir mengatasi segalanya. Saya bagi pihak kerajaan ingin menyampaikan rasa sedih dan takziah kepada keluarga mangsa tragedi. Ini satu tragedi yang saya amat terasa bagi diri saya secara peribadi.
"Anak-anak dan ustaz (pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah) ini lakukan ibadah di kediaman saya di Jalan Duta pada setiap malam Jumaat sejak sekian lama," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan menyalurkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam tragedi itu mengikut tiga kategori iaitu kehilangan anak, cedera dan trauma.
"Saya ingin maklumkan kerajaan akan beri sumbangan malah saya secara peribadi juga akan salur bantuan," katanya.
Najib turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak membantu dalam pembinaan serta pengurusan Maahad Tahfiz di seluruh negara.
Beliau berkata bagi tahun ini sahaja, kerajaan telah memperuntukkan RM30 juta bagi membantu maahad tahfiz seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2017

Najib meninjau lokasi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi. --fotoBERNAMA

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Penjelasan PNB mengenai pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH
Permodalan Nasional Berhad sebagai pemegang saham utama SEB yang sedia ada.

Pelaburan dalam Sapura Energy oleh MDH untuk bayar vendor tempatan - PNB
Pelaburan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) dalam Sapura Energy Bhd (SEB) akan digunakan secara eksklusif untuk membayar pembekal (vendor) tempatan.

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM
- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,000 buat penjawat awam Pahang
Kira-kira 8,000 penjawat awam negeri Pahang bakal menerima RM1,000 sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.
AWANI Tonight 12 March 2025
AWANITonight with Hafiz Marzukhi
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
1. Trump tariffs on steel, aluminium take effect
2. EU counters with tariffs on US goods
AWANI Tonight: Trump’s Tariffs on Steel, Aluminium Take Effect
In the latest move from Washington, levies on all U.S. aluminium and steel imports came into effect at midnight, impacting numerous nations from Brazil to South Korea. The measure under U.S. President Donald Trump imposes a flat 25 percent duty on steel and aluminium entering the country, removing all previous exemptions.

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew
Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara.

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

12 terperangkap dalam lif diselamatkan bomba
Hamizul berkata, semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada yang mengalami sesak nafas.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.