Bahagian dalaman kapal layar mewah, Equanimity dihiasi pelbagai kekemasan kayu dan marmar diperbuat dari dalam dan luar negara.
‘Kemewahan’ itu didedahkan peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Jeremy Joseph kepada media selepas beliau bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara melakukan pemeriksaan terhadap kapal berkenaan.
Menurutnya, seramai 16 orang daripada pasukan khas itu juga perlu memakai sarung kasut bagi memastikan bahagian dalaman kapal itu tidak calar atau rosak.
“Kami tak dibenarkan memakai kasut sendiri, perlu pakai sarung kasut kerana perlu menjaga marmar dan lantai kapal.
“Keadaan dalam kapal dilihat agak mewah. Ada banyak gabungan kekemasan kayu dan marmar termasuk di bahagian dapur.
“Kekemasan itu gabungan dari dalam dan luar negara. Ada kekemasan yang diperbuat daripada kulit juga. Kapal itu kelihatan cantik, nampak mewah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan dalam kapal tersebut bersama pasukan khas Jabatan Peguam Negara, hari ini.
Ketika ditanya sama ada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah menggunakan kapal itu, Jeremy memaklumkan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
“Kapten dan krew kapal juga merupakan orang baru. Mereka baru saja tandatangan kontrak pada tiga minggu lepas.
“Kita juga telah mengeluarkan waran kepada kapal tersebut dan bercakap dengan kapten untuk mengetahui apa berlaku melibatkan kapal itu,” ujarnya.
Kapal Equanimity yang dikatakan milik Jho Low disita sekali lagi di Indonesia pada bulan lepas selepas ia dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Semalam, kerajaan Indonesia bersetuju untuk memulangkan kapal itu kepada Malaysia atas permintaan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sinar Harian
Tue Aug 07 2018

Bahagian dalaman kapal layar mewah, Equanimity dihiasi pelbagai kekemasan kayu dan marmar diperbuat dari dalam dan luar negara. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Equanimity: Harga penuh pembelian dibayar dalam tempoh ditetapkan
Genting Malaysia Bhd menjadi pemilik baharu kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion telah dikreditkan ke dalam akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kylie Jenner sambut hari lahir atas kapal Equanimity
Difahamkan caj dikenalkan untuk pelayaran di atas kapal tersebut ialah sekitar AS$1.2 juta atau bersamaan RM5.1 juta seminggu.

Ismail Sabri desak AG letak jawatan
Naib Presiden UMNO itu berkata, banyak pihak terkejut apabila Tommy mengumumkan kos guaman kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta daripada keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta.

Proses jualan muktamad, Equanimity sah milik Genting
Kerajaan Malaysia mengumumkan, kapal layar Equanimity telah dijual dan diserahkan kepada syarikat Genting Malaysia Bhd dengan harga RM523 juta.

Jualan Equanimity: Balik sini dan dakwa saya, kata Tun M kepada Jho Low
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Low yang mendakwa kerajaan sengaja menjual kapal mewah itu pada harga rendah.

Jho Low 'tembak' kerajaan jual Equanimity harga rendah
Usahawan kelahiran Malaysia, Jho Low hari ini mengecam kerajaan Malaysia atas dakwaan sengaja menjual kapal mewah Equanimity dengan harga rendah.

Equanimity: Harga ditawar Genting terbaik - Guan Eng
Harga yang ditawarkan oleh Genting Malaysia Bhd untuk membeli kapal layar mewah Equanimity adalah yang terbaik.

'Kami beli kapal Equanimity RM514.6 juta' - Genting Malaysia
Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga US$126 juta (RM514.6 juta).

Penjualan kapal layar 'Equanimity'
Harga jualan USD126 juta akan dibayar oleh Genting, dan akan diterima oleh Mahkamah, pada penghujung April 2019.

AS jual pegangan hotel untuk dapatkan semula dana 1MDB
Pegangan di dalam hotel Park Lane di New York itu dijual dengan harga kira-kira USD140 juta.