Sejak tragedi pesawat MH370 mula mendapat perhatian ramai, akaun Twitter palsu yang menggunakan nama Astro AWANI turut cuba mengambil kesempatan.
Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI adalah @501Awani dan telah digunakan sejak dua tahun yang lalu. Sehingga hari ini, akaun tersebut telah mengumpul 169,805 pengikut.
Baru-baru ini, akaun palsu @astroawani telah menulis satu tweet berbaur perkauman sekaligus mendapat reaksi negatif masyarakat.
Tweet itu tertulis “After 15 days, #MH370 has found. May Allah bless all the crew and passengers who are muslim.”.
Rakaman skrin tweet tersebut telah disebarkan sekaligus memberikan imej yang buruk kepada saluran berita 24 jam pertama di Malaysia itu.
Walau bagaimanapun, akaun palsu @astroawani telah pun dilaporkan kepada pihak Twitter dan kini akaun tersebut telah pun digantung. Namun demikian, wujud satu lagi akaun palsu yang menggunakan nama @astroawani1.
Astro AWANI mengucapkan terima kasih kepada penonton dan pengguna Astro AWANI yang turut melaporkan akaun palsu tersebut sebagai spam kepada Twitter.
Untuk sebarang berita dan maklumat rasmi, sila layari laman web rasmi Astro AWANI di www.astroawani.com, laman Facebook di www.facebook.com/astroawani, Twitter @501Awani dan Instagram di www.instagram.com/501Awani.
Muzaffar Mustapa
Wed Mar 26 2014
Akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani (kiri) dan akaun palsu (kanan)
Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk rakyat lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
Masalah air di Kelantan selesai menjelang 2028
Isu bekalan air di negeri Kelantan dijangka selesai menjelang 2028 melalui 54 loji rawatan air (LRA).
Polis sudah kenal pasti individu rosakkan motosikal di Lembah Permai
Polis menerima tiga laporan berhubung kes perbuatan khianat yang dilakukan seorang lelaki yang merosakkan dua motosikal berhampiran sebuah kondominium di Jalan Lembah Permai, Tanjong Tokong.
AWANI Ringkas: 5,376 penjawat awam Kedah terima bantuan khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Saloma Kuala Lumpur perkenal inisiatif bantu artis veteran, golongan memerlukan
Restoran Saloma Kuala Lumpur memperkenalkan tabung khas untuk membantu mengurangkan beban golongan seni tanah air yang memerlukan.
Lawatan PM perkukuh hubungan Malaysia-Korea menjelang ulang tahun ke-65 - Duta Besar
Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Republik Korea akan memperkukuh jalinan dua negara menjelang ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Korea.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
Kelantan jangka bentang pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah tahun depan
Kerajaan Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dalam persidangan DUN 2025.
COP29: Negara kaya akhirnya setuju sumbang AS$300 bilion setahun hadapi krisis iklim
Negara-negara maju akhirnya bersetuju menyediakan AS$300 bilion setiap tahun menjelang 2035 kepada negara membangun bagi membantu mereka menghadapi impak perubahan iklim yang semakin parah.
Kongsi pengalaman 'terima #iPhone6smy dalam tempoh 24 jam anda' dengan kami!
Kongsi pengalaman anda menerima iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dengan memuat naik foto anda bersama peranti pintar itu di Facebook, Twitter & Instagram.
MH370: Tweet berbaur perkauman disebar oleh akaun Twitter palsu
Akaun Twitter rasmi Astro AWANI adalah @501Awani dan bukannya @astroawani. Akaun palsu itu cuba mengambil kesempatan di atas tragedi MH370.