Kementerian Luar hari ini mengesahkan telah mendapat maklumat, yang satu-satunya warga Malaysia di atas kapal Zaytouna-Oliva yang ditahan Israel pada Rabu lalu telah dibebaskan.
Dr Fauziah Mohd Hassan yang di dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) turut dilaporkan dalam keadaan selamat.
“Kementerian Luar telah menerima maklumat bahawa satu-satunya warga Malaysia yang berada di atas kapal Zaytouna-Oliva adalah selamat dan telah dibebaskan.
“Di atas permintaan Dr Fauziah sendiri, beliau akan meninggalkan Tel Aviv menerusi penerbangan menuju ke Bangkok, Thailand,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini.
Kementerian Luar turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang prihatin dan memberikan sokongan yang diberikan.
Sebelum itu dua anggota misi itu telah dibebaskan semalam iaitu wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.
Kedua-duanya telah selamat tiba ke negara masing-masing.
Kapal itu yang dalam perjalanan menuju ke Gaza dikepung rejim Zionis sebelum ditahan dan ditunda tentera Israel ke Pelabuhan Ashdod pada Rabu.
Perjalanan mereka bermula pada 14 Sept dari pelabuhan Vell di Barcelona dan berhenti di Ajaccio, Perancis pada 19 Sept 19 selepas pusingan pertama sebelum belayar ke Messina, Itali untuk pusingan kedua.
Astro Awani
Fri Oct 07 2016

Kapal Zaytouna-Oliva dalam perjalanan menuju ke Gaza sebelum dikepung rejim Zionis dan ditahan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Niat ikhlas suntik semangat aktivis Women's Boat to Gaza
Dua anggota Women's Boat to Gaza (WBG) berkata niat ikhlas untuk menyekat kepungan di Gaza adalah sumber motivasi mereka menyertai misi berkenaan.

PM Najib harap Dr Fauziah teruskan perjuangan bela nasib warga Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan agar meneruskan perjuangan membela nasib warga Pal

Dr Fauziah dijadual tiba di KLIA malam ini
Astro AWANI akan menyiarkan ketibaan Dr Fauziah Hassan menerusi Facebook LIVE malam ini.

PBB didesak kecam tindakan zalim Israel tahan delegasi misi Gaza - NGO
Tindakan rejim Israel menahan 13 anggota delegasi misi 'Women's Boat To Gaza' dibimbangi mencetuskan tindak balas kumpulan Daish.

Misi Gaza: Wisma Putra sahkan Dr Fauziah telah dibebaskan dan selamat
Dr Fauziah Hassan yang di dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) turut dilaporkan dalam keadaan selamat.

11 anggota misi WBG termasuk Dr Fauziah yang ditahan Israel dibebaskan - MyCARE
Kesemua mereka sedang diuruskan penerbangan pulang ke negara masing-masing dalam masa terdekat.

Dua anggota misi 'Women's Boat to Gaza' yang ditahan Israel dibebaskan
Mereka yang dibebaskan ialah wartawan Al-Jazeera dari United Kingdom, Mina Harballou dan Hoda Rakhme dari Rusia.