Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti garis panduan yang dicadangkan oleh persatuan-persatuan tukang gunting rambut.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebarang garis panduan yang ditetapkan hanya akan dimaklumkan selepas dimuktamadkan.
“Persoalan ini selalu timbul dan saya dimaklumkan bahawa persatuan-persatuan (tukang) gunting rambut telah menghantar SOP (prosedur operasi standard) mereka kepada MKN dan KKM di mana sekarang ini KKM dan MKN sedang teliti SOP yang dicadangkan mereka.
“Sebab kedai gunting rambut ini ada pelbagai kategori. Ada yang di pusat beli-belah yang mahal dan ada di kedai mamak.
“Jadi SOP itu yang nak kita perketatkan. Ini adalah keputusan MKN dan KKM, dan mereka sedang teliti.
“Ramai masih takut kerana (aktiviti itu) dianggap berbahaya kerana penjarakan sosial sukar dilakukan,” ujarnya pada sidang media di sini pada Khamis.
Ismail Sabri sebelum ini menegaskan perkhidmatan kedai gunting rambut masih tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Beliau pada masa sama mengakui menerima permohonan daripada persatuan-persatuan dan pemilik kedai gunting rambut untuk diberikan kebenaran.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 21 2020

MKN dan KKM sedang meneliti garis panduan yang dicadangkan oleh persatuan-persatuan tukang gunting rambut. - Foto fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

myBarber tampil merevolusikan perkhidmatan penjagaan rambut, lebih fleksibiliti kepada pelanggan
Dengan hanya beberapa klik, pelanggan boleh menempah temu janji untuk potongan rambut atau perkhidmatan grooming lain.

PPN Fasa Kedua: Penduduk Perlis 'serbu' kedai gunting rambut
Pelanggan sanggup beratur panjang menunggu giliran di luar kedai berkenaan sebaik dibuka pada 10 pagi.

Baru buka kedai gunting rambut kini terpaksa ditutup
Baru beberapa bulan membuka kedai gunting rambut sendiri, seorang pemuda kini terpaksa menutup kedainya.

Sabah benarkan dine-in di restoran dan gunting rambut mulai esok
Sabah membenarkan operasi dine-in di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel mulai esok.

Gara-gara tidak membayar selepas digunting rambut, lelaki ditembak mati
Gara-gara tidak membayar selepas terima khidmat gunting rambut, seorang lelaki di Illinois, Amerika Syarikat ditembak mati.

AS$70 gunting rambut di White House ketika perintah berkurung COVID-19
Perkhidmatan itu disediakan ketika perintah berkurung di Washington DC yang memaksa semua kedai gunting rambut ditutup.

PKP 2.0: Kedai dobi layan diri, gunting rambut antara operasi dilarang
Waktu operasi turut dihadkan bagi beberapa premis perniagaan, seperti restoran yang hanya dibenarkan buka dari 6 pagi ke 8 malam.

Asyiknya.... Gunting rambut sambil 'layan' lagu dari piring hitam
Menurut Pak Omar, dia masih menyimpan lebih 200 keping piring hitam kebanyakannya lagu era 60-an dan 70-an.

COVID-19: Lebih 2,000 pekerja asing terlibat dalam sektor gunting rambut
Justeru,bagi mengekang penularan COVID-19, kumpulan tersebut diwajibkan menjalani ujian saringan.

Kadar baharu gunting rambut tidak boleh bebankan pengguna - Menteri
Kadar baharu harga gunting rambut mestilah sejajar dengan kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh pekedai dan bukan membebankan pengguna.