Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) serta agensi dan kementerian berkaitan akan melakukan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis-premis disyaki membawa masuk babi, produk babi atau daging babi secara tidak sah.
MoA dalam kenyataan hari ini menjelaskan, langkah tersebut dilakukan susulan makmal Kesihatan Awam Veterinar, Bandar Baru Salak Tinggi, mengesan DNA virus African Swine Fever (ASF) dalam produk 'canned luncheon pork' yang diimport dari China di Sarawak pada Jumaat lepas (25 Okt).
"Walaupun Malaysia kini masih bebas ASF, MoA memandang serius penemuan di Sarawak itu dan mengingatkan orang awam agar tidak membeli produk babi yang berasal negara-negara yang berisiko.
"Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya ada pihak yang membawa masuk babi dan produk babi secara tidak sah atau diseludup," katanya.
Menurut MoA, setakat ini, wabak ASF telah disahkan melanda 10 negara Asia iaitu China, Mongolia, Vietnam, Kemboja, Korea Utara, Laos, Myanmar, Filipina, Korea Selatan dan Timor Leste.
Penyakit ASF berpunca daripada virus famili Asfaviridae, merupakan penyakit demam berdarah akut yang menyerang ternakan babi dan babi liar, di mana boleh menyebabkan 100 peratus kematian dalam tempoh dua hingga 10 hari ke atas babi yang dijangkiti. Bagaimanapun, penyakit ASF tidak bersifat zoonotik, iaitu tidak menjangkiti manusia.
"Sebagai langkah pencegahan kemasukan virus ASF ke dalam negara, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengeluarkan surat larangan pengimportan babi serta produk dari China (12 Nov 2018), Poland dan Belgium (17 Jan 2019), Thailand dan Vietnam (23 Jan) Kemboja (4 April), Hong Kong (14 Mei) serta Myanmar dan Laos (26 Ogos).
"Malah Sarawak juga telah mengeluarkan larangan pengimportan produk berasaskan babi ke atas negara-negara yang dijangkiti ASF semalam, selepas DNA virus ASF dikesan dalam produk canned luncheon pork yang diimport dari China," jelas kenyataan tersebut.
MoA berkata pada masa yang sama, adalah menjadi kewajipan mana-mana pemilik ternakan babi di bawah Seksyen 31, Akta Binatang 1953 (Akta 647) untuk melaporkan segera babi yang disyaki berpenyakit atau mati kepada pihak berkuasa veterinar, serta tidak boleh memindahkannya tanpa kebenaran.
"Kegagalan melaporkannya boleh didenda tidak melebihi RM25,000," menurut kenyataan tersebut.
Sebanyak enam pelan telah dirangka MoA melalui DVS dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi membendung penularan ASF dari memasuki negara ini termasuk pemeriksaan di pintu masuk, pengumuman dalam penerbangan dan pemeriksaan bagasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
MoA memandang serius penemuan di Sarawak itu dan mengingatkan orang awam agar tidak membeli produk babi yang berasal negara-negara yang berisiko.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Empat lagi ladang ternak babi di P. Pinang disahkan dijangkiti penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever menjadikan keseluruhan 11 buah ladang komersial telah dilanda wabak tersebut.
MOA pantau kemasukan produk babi berikutan penemuan DNA ASF di Sarawak
DNA virus African Swine Fever (ASF) dikesan dalam produk 'canned luncheon pork' yang diimport dari China di Sarawak.
Warga Thailand ditahan bawa masuk karkas daging babi
Lelaki berusia 45 tahun itu, yang membawa karkas dipercayai daging babi seberat 17 kilogram (kg), ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABPP) pada Khamis.
Malaysia bebas penyakit African Swine Fever, pemeriksaan ketat diteruskan
Sim berkata penumpang yang datang khususnya dari China, Hong Kong, Macau, Vietnam, Kemboja dan Laos akan diperiksa dengan lebih teliti supaya kemasukan daging dan produk khinzir dapat dihalang.
Malaysia tidak import tepung protein darah babi dari China
DVS telah mengeluarkan arahan larangan pengimportan babi hidup dan produk sejuk beku babi sejak 18 Sept lalu.