Kertas Putih Felda yang akan dibentangkan di Parlimen, Rabu ini, antara lain mencadangkan satu modal perniagaan baharu pengurusan ladang Felda dan jaminan bantuan kebajikan bagi golongan peneroka tanah rancangan itu.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, draf Kertas Putih berkenaan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Jumaat lalu.
"Perbincangan itu bukan sahaja memperhalusi masalah kekangan kewangan Felda tetapi langkah yang akan diambil untuk menjamin masa depan peneroka," katanya kepada pemberita selepas hadir pada ceramah Pakatan Harapan (PH) sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di sini, Isnin malam.
Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata Kertas Putih Felda penting bagi mendedahkan keadaan sebenar kewangan Felda berdasarkan laporan audit forensik yang disediakan oleh sebuah firma audit bebas profesional.
Katanya, peneroka harus tahu keadaan sebenar pengurusan lama yang menurutnya 'curang', tidak bertanggungjawab dan menyimpang jauh dari matlamat asal penubuhan Felda.
Kertas itu dibentangkan berikutan kecelaruan pengurusan dan hutang melampau agensi itu yang melebihi RM8 bilion
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin turut mempersoal tindakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan dan salah laku dalam pengurusan Tabung Haji.
Beliau berkata masalah itu timbul sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional.
"Penyelewengan dalam Tabung Haji itu telah ditegur Bank Negara sebelum ini...Mengapa tatkala itu, Pemuda UMNO enggan bersuara, enggan mendesak untuk penubuhan RCI," katanya.
Bernama
Mon Apr 08 2019

Mohamed Azmin memperkatakan sesuatu kepada Streram ketika hadir berkempen bagi calon PH sempena PRK DUN Rantau di Bilik Gerakan DAP di Seremban malam tadi. Turut kelihatan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang (kiri). --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PDRM kenal pasti anggota terlibat masalah hutang tinggi
PDRM sedang mengenal pasti anggota dan pegawainya yang terlibat dengan masalah keberhutangan tinggi bagi membolehkan bantuan kebajikan bersesuaian disalurkan sekali gus meringankan beban mereka.

Model perniagaan baharu dalam Kertas Putih Felda - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, draf Kertas Putih berkenaan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Jumaat lalu.

Hentikan publisiti sumbang bantuan sempena Ramadan
CAP gesa pertubuhan Islam, menteri, ahli politik dan pemimpin masyarakat agar berhenti mencari publisiti ketika menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.