Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad dan personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.
Mohd Ali, 56, dan Ras Adiba, 51, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran di bangunan Parlimen.
Mohd Ali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, akan memegang jawatan itu selama tempoh tiga tahun berkuat kuasa 11 Mei lepas bagi mewakili negeri Melaka.
Sementara Ras Adiba yang merupakan Presiden Orang Kelainan Upaya (OKU) Sentral, akan memegang jawatan bagi tempoh yang sama berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU.
Pelantikan Mohd Ali diumum Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah mendapat undian majoriti 16 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) daripada 28 ADUN pada sidang DUN, 11 Mei lepas.
Mohd Ali, yang juga Penasihat UMMAH Melaka, merupakan bekas guru serta ahli perniagaan dan lulusan Institut Bahasa Kuala Lumpur dalam bidang perguruan.
Ketika ditemui pemberita, Mohd Ali berkata beliau akan membawa isu rakyat terutama kebajikan dan pendidikan masyarakat luar bandar sebagai wadah utama ke Dewan Negara.
"Dengan pengalaman sebagai guru selama 10 tahun dan ahli perniagaan, saya akan satukan dan bagaimana ia boleh membantu guru-guru dan masyarakat dalam perniagaan terutamanya," kata beliau.
Ras Adiba yang berasal dari Petaling Jaya pula merupakan individu ketiga dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU.
Mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun, beliau menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara.
Bekas pembaca berita dan atlet paralimpik negara itu berkata antara perkara yang akan diusulkan adalah mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU di negara ini.
"Saya tidak sabar-sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta OKU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU," katanya.
Sebagai bekas warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.
Pada majlis yang sama itu, Yang Dipertua Dewan Negara turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Dewan Negara baharu, Muhammad Sujairi Abdullah, 43, berkuat kuasa 22 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020

Mohd Ali (kiri) dan Ras Adiba mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Pemimpin Arab ucap tahniah kepada Trump atas pelantikan sebagai Presiden AS
Pemimpin dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Bahrain, Oman, Mesir, Jordan, dan Palestin, antara lain, menghantar mesej tahniah.

Pemimpin Asia ucap tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke White House
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam mesejnya berjanji untuk bekerjasama dengan Trump dalam menghadapi "peluang dan cabaran yang mendatang."

Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu dalam ucapan sulung
Kartel dadah akan disenaraikan sebagai Organisasi Pengganas Asing dan dasar rasmi Kerajaan AS iktiraf hanya jantina lelaki dan perempuan.

Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump angkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden menandakan perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat.

Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.

Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga
Di sebalik pelbagai kontroversi termasuk dituduh melakukan rampasan kuasa, Maduro akhirnya kembali memimpin Venezuela.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.

Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.