Seorang murid Tahun 6 putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa Muhammad Zulhaikal Mohammad, 12, membonceng motosikal bersama dua lagi sebelum dilanggar secara berdepan.
Insiden dipercayai berlaku apabila Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki dari arah Bukit Besi menghala ke Ajil cuba memotong sebuah kenderaan.
Bagaimanapun sejurus tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu bertembung dengan motosikal jenis Suzuki Step yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah bertentangan.
Penunggang motosikal Samri Said, 52, parah di bahagian kaki manakala anaknya Nur Farahiya Najwa Samri, 10, hanya mengalami kecederaan ringan.
Ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Kes disiasat mengikut 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Tue Oct 22 2019
Muhammad Zulhaikal putus kaki kanan selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di kilometer 46, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi. -Astro AWANI
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemain bola sepak Dungun FA maut terlibat kemalangan
Seorang pemain bola sepak Dungun FA maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Dungun, malam tadi.
Polis bantuan TM maut motosikal bertembung pacuan empat roda
Kenderaan pacuan empat roda dari Ajil menghala ke Bukit Besi dipercayai telah membelok ke laluan kanan seterusnya memasuki laluan mangsa.
Beruang matahari mati dilanggar kereta ketika melintas
Seekor beruang matahari mati selepas dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Kilometer 388.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Ajil menghala ke Bukit Besi.
Kakitangan positif COVID-19, sebuah tabika Kemas di Terengganu ditutup
Penutupan premis tersebut adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Warga emas maut kereta bertembung lori simen
Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan simen.
Motosikal dirempuh kereta, murid tahun 6 putus kaki
Sejurus tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu bertembung dengan motosikal jenis Suzuki Step yang dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah bertentangan.
Anjing liar, kucing jadi habuan harimau kumbang
Tiada lagi kelibat anjing liar berkeliaran di Taman Harmoni, Bandar Al Mukhtafi Billah Shah selepas kemunculan harimau kumbang di kawasan itu.
Hanya ingat mati ketika bahu dijilat harimau
Kira-kira 2 petang semalam, beliau mengajak isterinya serta anak mereka berkunjung ke Kampung Besul selepas berita mengenai kehadiran harimau 'jinak' di kampung tersebut heboh.
Jauhi lokasi penemuan harimau - Polis
Keadaan pada masa ini belum selamat sepenuhnya, memandangkan harimau berkenaan masih belum ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Harimau sesat mungkin belaan - Perhilitan
Perhilitan Terengganu tidak menolak kemungkinan dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, di sini semalam merupakan harimau belaan.