Persatuan Pengilang Plastik Malaysia (MPMA) dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA) mahu pihak berkuasa pengurusan sisa meningkatkan penguatkuasaan mengenai pembuangan sisa yang betul terutama bahan kimia berbahaya.
Dalam kenyataan bersama pada Selasa, mereka berkata pembuangan haram, sama ada sampah domestik atau bahan kimia berbahaya adalah ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, menunjukkan kepincangan serius sistem pengurusan sisa.
"Pembuangan haram di Kampung Tambak Jawa, Selangor, apabila dram yang mengandungi bahan kimia berbahaya terbakar dan meletup pada Isnin, selain 250 dram gliserin yang ditemui di tebing Sungai Klang adalah petunjuk membimbangkan mengenai peningkatan pembuangan sisa secara rahsia dan haram," menurut kenyataan itu.
Untuk mengurangkan pembuangan secara haram, MPMA dan MPRA menggesa pihak berkuasa untuk memeriksa dan memahami di mana dan kenapa kepincangan itu berlaku dan atasi jurang tersebut untuk mewujudkan pengurusan sisa yang lebih berkesan bagi Malaysia.
Ini memerlukan kerjasama lebih luas antara pihak yang terlibat daripada pengawal selia kepada perniagaan, industri dan isi rumah, kata mereka.
"Pembuangan haram didorong insentif dan kemudahan ekonomi dan ketiadaan hukuman atau penguatkuasaan yang tidak berkesan. Pembuangan haram seperti membuang sampah juga merupakan isu tingkah laku yang tidak boleh ditangani melalui larangan.
"Ia mesti ditangani sebagai isu infrastruktur dan sistem rekaan dan bukan hanya isu penguatkuasaan. Analisis yang teliti mesti digunakan untuk mengenal pasti langkah atau campur tangan dasar dalam reka bentuk sistem pengurusan sisa yang berkesan," menurut kenyataan itu.
BACA: Kebakaran dan letupan di kawasan tempatkan 270 tong bahan kimia
Mereka menambah kitar semula adalah komponen utama sistem pengurusan sisa yang berkesan dan memainkan peranan penting dalam melindungi alam sekitar.
"Ia adalah elemen penting bagi ekonomi pusingan apabila bahan buangan menjadi sumber yang berharga, untuk dikitar semula sebagai bahan mentah, dibuat produk baharu dan tidak dibuang, ini mengurangkan keperluan untuk mengekstrak lebih banyak sumber semula jadi dan kesan terhadap alam sekitar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Pekerja-pekerja Kualiti Alam Sdn Bhd membuat pemeriksaan ke atas tong-tong yang mengandungi sisa bahan kimia sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan pembuangan sisa bahan kimia di Kampung Tambak Jawa, 26 Nov, 2019. --fotoBERNAMA
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
Rangkaian 5G kedua dijangka dorong IIoT, sektor lebar jalur tinggi - BMI
BMI berkata rangkaian itu juga boleh menyediakan keperluan kandungan digital lebar jalur tinggi dan penyedia infrastruktur seperti penyiar dan pengendali pusat data bagi mengisi permintaan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan dipacu data.
Garis Panduan Pengawasan Perubatan di Tempat Kerja ditambah baik, jamin kesihatan pekerja
Garis panduan yang ditambah baik turut membantu mengenal pasti kaedah pengesanan biopenanda berdasarkan standard antarabangsa.
MPMA dan MPRA mahu penguatkuasaan lebih tegas bagi pembuangan sisa
MPMA dan MPRA berkata pembuangan haram, sama ada sampah domestik atau bahan kimia berbahaya, menunjukkan kepincangan serius sistem pengurusan sisa.