Pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) atau MRT 2 telah siap sebanyak 70 peratus dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada 2023.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata MRT 2 yang dijangka siap pada 2022 itu turut membabitkan penjimatan kos sebanyak RM8.82 bilion kepada RM30.53 bilion daripada kos asal pembinaan yang mencecah RM39.35 bilion.
"Tarikh mula operasi bagi fasa pertama MRT 2 iaitu antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Baru kekal sama pada Julai 2021 manakala untuk fasa kedua antara Kampung Batu dan Putrajaya Sentral adalah Januari 2023," katanya.
Lim berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tambahan membabitkan perjanjian rakan pelaksana projek bagi MRT laluan SSP antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Abdul Yazid Kassim dan Pengarah MMC-Gamuda KVMRT Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
Menurut Lim, perjanjian tambahan itu bagi membolehkan perubahan ke atas perjanjian rakan pelaksana projek asal yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 2015 dan merangkumi pelantikan MMC-Gamuda sebagai rakan pelaksana projek (PDP) bagi pembinaan MRT 2.
"Ini adalah hasil daripada inisiatif rasionalisasi kos oleh kerajaan bagi projek-projek mega yang berjaya mengurangkan kos pembinaan," katanya.
Malah, perjanjian itu turut memuktamadkan proses rasionalisasi dan berjaya mengurangkan kos pembinaan MRT2 kepada RM30.53 bilion daripada kos asal RM39.35 bilion, katanya.
"Ini merupakan penjimatan terbesar 22.4 peratus berbanding kos pembinaan asal MRT 2 seperti yang dirundingkan antara kerajaan dan MMC-Gamuda pada Oktober 2018," katanya.
Antara penyumbang utama kepada penjimatan kos itu adalah penangguhan dan rasionalisasi skop kerja bawah tanah dan bertingkat seperti penundaan pembukaan stesen bawah tanah di Bandar Malaysia, serta penyederhanaan kemasan seni bina stesen.
Ini termasuk perubahan struktur projek dari model rakan pelaksana projek kepada model turnkey yang menghasilkan penjimatan yuran rakan pelaksana projek, dan rasionalisasi peruntukan bayaran balik, kontingensi dan 'wang provisional,' katanya.
Lim turut menegaskan, walaupun terdapat perubahan dalam struktur projek, pihak kerajaan telah memastikan supaya sasaran asal penyertaan Bumiputera sebanyak 45 peratus daripada nilai kontrak RM30.53 bilion iaitu RM13.7 bilion adalah dikekalkan.
Ditanya sama ada stesen di Bandar Malaysia akan diteruskan seperti dalam perancangan asal, beliau berkata ia bergantung kepada aspek volum dan kapasiti.
Menurutnya, walaupun kerangka stesen bagi Bandar Malaysia telah wujud, namun langkah untuk meneruskan rancangan asal adalah bergantung kepada permintaan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020

Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Rakan Pelaksana Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.