Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan pekebun sawit di negara ini untuk mendapatkan pensijilan Malaysia Sustainability Palm Oil (MSPO) atau Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia yang akan memberi manfaat kepada lebih 400,000 pekebun kecil terutama 258,657 pekebun sawit persendirian.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata pihaknya amat komited dalam mendapatkan 100 peratus pengiktirafan MSPO di negara ini.
Jelasnya, fokus utama adalah kepada pekebun dalam usaha membantu mereka mendapatkan hasil buah tandan segar (BTS) yang bermutu tinggi dan secara langsung dapat meningkatkan kadar perahan minyak (OER).
"Fokus lebih tertumpu kepada pekebun-pekebun persendirian sawit kerana pemilik ladang yang berskala besar dan pihak industri mempunyai pengetahuan berkenaan MSPO dan mereka telah memohon serta telah diberi pengiktarafan sijil berbanding pekebun kecil persendirian.
"MPOB memandang serius isu pensijilan ini kerana 2.3 juta hektar daripada 5.90 juta hektar tanaman sawit dimiliki oleh pekebun kecil dan persendirian, ia meliputi 60 peratus tanah pertanian di negara ini.
"Negara pengimport memperakukan sijil MSPO dan menyatakan kesediaan membeli sawit negara dengan harga yang lebih tinggi, sekali gus akan membantu pekebun meningkatkan pendapatan hasil daripada penghasilan buah tandan segar yang bermutu dan tinggi nilainya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Jelas Ahmad Jazlan, pensijilan ini akan memberi pengetahuan seperti amalan pertanian baik (GAP) sawit, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan kecekapan pengurusan serta meningkatkan produktiviti dan secara langsung meningkatkan pendapatan pekebun.
"Bagi mereka yang belum memperolehi sijil MSPO, MPOB melalui 54 pejabat Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS) di seluruh negara bersedia untuk membantu mendapatkan pensijilan MSPO.
"Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk rakyat. Selain Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui MPOB sendiri telah memberi peruntukan yang cukup bagi memastikan pensijilan ini dapat disempurnakan.
"Oleh itu, pekebun-pekebun harus mengambil peluang ini bagi memastikan sijil ini mencapai sasaran 100 peratus pada tahun 2020," katanya.
Tambahnya, peluang itu harus digunakan sebaik-baiknya, terutama dengan pengecualian 100 peratus duti eksport terhadap minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit diproses.
Katanya, pengecualian yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun dan akan bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember 2020 akan memberi manfaat yang besar kepada pekebun, pemilik ladang serta pihak industri dalam usaha menambah pendapatan serta menyumbang kepada ekonomi negara.
"Masyarakat dipohon untuk membantu MPOB memberi hebahan ini kepada ahli keluarga, saudara mara serta kenalan yang terlibat dalam industri sawit negara," ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Jazlan memberitahu pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas industri berasaskan minyak sawit, seperti diumum dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan membantu meningkatkan nilai eksport komoditi itu ke luar negara.
Katanya, langkah itu juga secara langsung membantu pekebun kecil secara amnya dengan hasil keluaran mereka akan lebih cepat diterima kilang.
Astro Awani
Thu Jun 18 2020

Ahmad Jazlan berkata pihaknya amat komited dalam mendapatkan 100 peratus pengiktirafan MSPO di negara ini. -Bernama

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ahmad Jazlan nafi tuduhan jual aset Felcra kepada bukan Bumiputera
Ahmad Jazlan menafikan dakwaan bahawa beliau telah menjual kilang Felcra kepada syarikat bukan Bumiputera dan bersedia disiasat mengenainya.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

MCA Kelantan diperuntukkan kerusi pada PRU16 - Ahmad Jazlan
MCA Kelantan akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selain diberikan penambahan kuota Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan.

Fasa satu kompleks ternakan ayam Felcra siap sepenuhnya Februari depan
Fasa satu projek kompleks ternakan ayam pedaging berskala besar secara sistem tertutup di Tanjung Seratus di sini, yang meliputi 10 reban dijadualkan siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.

PRN: Bantuan RM3,000 kepada pelajar IPT, hapus tunggakan bil air antara manifesto BN-PH Kelantan
Hapus tunggakan bil air, turun cukai tanah antara manifesto BN-PH Kelantan

Pelan Transformasi 2.0 Felcra akan diadakan secepat mungkin - Ahmad Jazlan
Pelan tersebut akan merangkumi beberapa aspek seperti keterjaminan makanan, urus niaga berkaitan Felcra dan tadbir urus.

Ahmad Jazlan dilantik semula Pengerusi Felcra
Pelantikan itu bermula 1 Mac lalu dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRN: UMNO Kelantan bincang agih kerusi selepas pemilihan parti
UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai.

PRU15: Wan Ahmad Fayhsal tewaskan Ahmad Jazlan di Machang
Wan Ahmad Fayhsal menewaskan penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

PRU15: Ketua bahagian UMNO tak tercalon nyatakan komitmen bantu BN - Ahmad Jazlan
Antara calon baharu berkenaan adalah bagi Parlimen Tumpat, Rantau Panjang, Kuala Krai, Kota Bharu, Ketereh dan Pengkalan Chepa.