Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila menemui sebuah patung berhala diletakkan di pintu utama di Surau Sabilul Huda, di sini, semalam.
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara jam 2.30 hingga 4 petang sebelum disedari siak yang datang ke surau itu untuk membuat persiapan solat Asar.
Siak surau terbabit, Mohd Yatim Omar, 64, berkata, beliau menemui patung itu ketika mahu membuka kunci pintu utama surau berkenaan, kira-kira jam 4.15 petang.
Katanya, beliau segera memaklumkan kepada ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah untuk melihat sendiri patung tersebut.
“Semua berada dalam keadaan baik ketika saya mahu pulang selepas selesai solat Zuhur dan patung itu tidak ada di situ. Tetapi apabila saya kembali ke surau untuk buat persiapan solat Asar, saya terkejut bila lihat patung berhala ini diletakkan di atas pagar beranda di depan pintu masuk utama surau.
“Saya tak tahu apa motif atau sesiapa yang letak patung ini. Tambahan pula surau ini tak ada kamera litar tertutup (CCTV). Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung ini akan diletakkan dalam surau,” katanya ketika ditemui malam tadi.
Menurut beliau, pihak AJK Surau Sabilul Huda tidak pernah menerima aduan atau masalah dengan mana-mana pihak.
“Cuma tabung surau ini banyak kali dicuri, rasanya lebih 10 kali,” katanya.
Tambah Mohd Yatim, individu terbabit seolah sengaja mahu mencetuskan provokasi agama dan perkauman.
“Perkara ini sangat sensitif kerana ia mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat beragama Islam.
“Perbuatan mereka ini seolah-olah menghina agama Islam dan kami mahu dalang di sebalik kejadian ini tampil meminta maaf.
“Awalnya kami tak mahu menimbulkan sebarang kekecohan serta perbesarkan perkara ini, namun kami tak boleh diamkan diri lagi kerana perkara ini menyentuh sensitiviti agama serta tidak menghormati orang Islam,” katanya.
Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandamaran, awal pagi tadi selain turut menyerahkan patung itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, salah seorang AJK surau tersebut, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sehjak surau berkenaan dibina pada 1995.
“Memang terkejut dan marah bila dimaklumkan mengenai kejadian ini. Pihak tak bertanggungjawab ini seolah-olah sengaja mahu menimbulkan suasana tidak harmoni di kariah ini.
“Sebelum ini kita hidup aman damai walaupun taman ini dihuni dengan pelbagai kaum. Sepatutnya perkara sensitif seperti ini tidak boleh berlaku dan kami harap perkara ini dapat diambil tindakan sewajarnya," katanya.
Sinar Harian
Thu Feb 21 2019

Penduduk dan jemaah masjid gempar dengan penemuan patung di surau Surau Sabilul Huda. - Foto Sinar Harian

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Tangkap segera pelaku letakkan berhala di surau - Mujahid
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak polis mengambil tindakan dalam kadar segera berhubung penemuan dua tokong berhala dalam masa empat hari di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah, Klang.

'Mujur surau berkunci, kalau tak, mungkin patung diletak dalam surau'
Difahamkan, patung yang turut dikalungi bunga itu diletakkan antara jam 2.30 dan 4 petang sebelum disedari siak yang datang ke surau itu untuk membuat persiapan solat Asar.