Walaupun baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu.
Reeno pelajar darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani di sini dinobatkan sebagai 'Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition' apabila menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.
Wong Pui Si, 41, ibu kanak-kanak pintar itu berkata anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.
"Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik.
"Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja," katanya kepada pemberita ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri Dr Abdul Aziz Bari, di sini, hari ini.
Menurut suri rumah itu, kejayaan Reeno yang mempertahankan gelaran 'Grand Champion' kali ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Ketika di Moscow beliau demam panas, muntah dan cirit-birit tetapi beliau masih mahu meneruskan pertandingan dan berjaya memenanginya selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit," katanya.
Wong turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya di Moscow.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong inisiatif ibu bapa yang mahu mengetengahkan bakat anak-anak mereka dalam apa jua bidang termasuk seni dan sukan.
Pada pertemuan itu, Abdul Aziz menyerahkan insentif sebanyak RM500 kepada murid pintar terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 30 2018
Reeno Chin, 8, menunjukkan piala dan sijil yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai 'Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition' di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu. -Bernama
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat
Kirtadze, ahli parti pembangkang UNM pimpinan bekas Presiden Mikheil Saakashvili, menyimbah cat ke muka Kalandarishvili ketika dia dan wakil semua parti yang bertanding dalam undian 26 Oktober lalu, bertemu untuk mendengar keputusan akhir pemilihan yang menjadi pertikaian.
Rakyat Senegal undi pilih anggota Dewan Kebangsaan
Senegal mengadakan pilihan raya awal pada Ahad, apabila rakyat akan memilih 165 anggota Dewan Kebangsaan untuk tempoh lima tahun.
Jepun rancang perkenal sistem tram tanpa landasan ke Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun merancang untuk memperkenalkan sistem tram tanpa landasan dengan tayar getah, keluaran syarikat China, CRRC, bagi mengurangkan karbon dan kesesakan di Gunung Fuji.
Jemaah surau terkejut bunyi dentuman menara telekomunikasi tumbang
Menara telekomunikasi itu tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang sekitar kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani.
Bayi lelaki meninggal dunia selepas diambil dari taska
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia beberapa jam selepas diambil dari taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Seri Botani, semalam.
Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa
Anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.