Seorang pelajar sekolah rendah di Besut dipercayai menjadi mangsa buli beberapa rakannya yang lain.
Video berdurasi 1 minit 26 saat itu mula tular di Facebook hari ini memaparkan seorang murid lelaki dipukul sekurang-kurangnya tiga murid lelaki lain sambil dirakam seorang murid lain.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lalu pada waktu rehat di sekolah berkenaan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
Katanya keluarga murid tahun enam yang menjadi mangsa buli itu sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun Shafruddin berkata, punca kejadian buli itu berlaku masih dalam siasatan.
Jelasnya susulan kejadian itu pihak sekolah meningkatkan pemantauan terhadap murid sekolah berkenaan dan mengetatkan pemeriksaan supaya tidak ada murid membawa telefon bimbit ke sekolah.
Beliau berkata mangsa juga telah diberi kaunseling oleh pihak sekolah serta pejabat pendidikan daerah Besut bagi meminimakan kesan negatif emosi mangsa akibat kejadian itu.
Astro Awani
Thu Feb 14 2019

Keluarga murid tahun enam yang menjadi mangsa buli itu sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.

Nelayan tercampak dari bot ditemukan lemas
Seorang nelayan ditemukan lemas dipercayai tercampak ke laut selepas bot dinaiki dilambung ombak dalam kejadian di muara Sungai Keluang.

Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.

Banjir di Terengganu pulih, dua PPS terakhir di Besut ditutup
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.

Penumpang wanita maut dua kereta bertembung
Mangsa yang berada di bahagian penumpang belakang kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Buruh binaan maut pacuan empat roda dipandu bertembung lori tanah
Muhammad Haziq yang memandu Ford Ranger dari arah Lata Belatan ke pekan Jabi bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.

Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.

13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.