Mustahil bagi kerajaan untuk kuarantin kesemua pelancong China di Malaysia buat masa ini kerana jumlahnya yang terlampau tinggi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, jika golongan pelancong ini mengalami gejala, walaupun sedikit, mereka akan terus dikuarantin dan diperiksa bagi memastikan sama ada mereka terjangkit dengan wabak koronavirus atau tidak.
“Pelancong dari China ada masanya meningkat sehingga dua million (juta). Kita nak simpan di mana? Letak dalam kandang lembu? Takkan macam tu... tetapi ada simptom sikit pun kita akan kuarantin mereka,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di sini hari ini.
BACA: Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal - Tun M
BACA: Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 56 orang
Mengenai pelancong yang datang terus dari Wuhan, tempat bermulanya wabak itu, Perdana Menteri berkata, buat masa kini sukar untuk mengenal pasti kesemua mereka kerana masih bergerak dalam negara ini.
Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan China kerana mengambil langkah drastik dengan menutup sementara beberapa bandar utama negara itu dalam usaha mengekang penyebaran koronavirus ke luar.
“Ia merupakan satu tindakan yang cukup drastik, dan sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan China untuk mengawal penyakit itu,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap pada masa akan datang, dunia dapat menyaksikan sistem yang boleh mengasingkan kelompok individu yang besar dalam masa yang lebih pantas, di samping penghasilan vaksin yang lebih berkesan untuk penyakit seperti ini.
Firdaus Azil
Sun Jan 26 2020

Mengenai pelancong yang datang terus dari Wuhan, tempat bermulanya wabak itu, Perdana Menteri berkata, buat masa kini sukar untuk mengenal pasti kesemua mereka kerana masih bergerak dalam negara ini. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani isu sekolah padat - Fadhlina
Menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.

RUU Perkongsian Data 2024 kukuh kerjasama kerajaan, tingkat tadbir urus data
Kerjasama awam-swasta dijangka akan dipertingkat dengan kelulusan RUU itu, apabila infrastruktur data akan bersambung dengan baik.
![[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia [KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735485071_helimindef.jpg)
[KOLUMNIS] Menyokong inisiatif GOCOM: Transformasi strategik perolehan helikopter Kerajaan Malaysia
Inisiatif pajakan aset secara penswastaan atau lease-to-own bagi perolehan 28 buah helikopter oleh kerajaan Malaysia mencerminkan langkah inovatif.

Kerajaan disaran perkenal skim insurans kesihatan nasional - Pakar
Skim tersebut juga membolehkan rakyat dibiayai sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.

HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.

Dasar Pengkomputeran Awan Negara dijangka dimuktamad hujung tahun ini
Penubuhan pusat data baharu dan perkhidmatan awan dapat menyokong dan memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Penyampaian maklumat mudah difahami rakyat cabaran besar kepada kerajaan - Abdullah
Penyampaian maklumat kepada rakyat dengan cara yang mudah difahami mereka khususnya komuniti luar bandar merupakan satu daripada cabaran besar dihadapi kerajaan.