Kerajaan Myanmar memberi jaminan bahawa bantuan yang dibawa menerusi misi "Flotila Makanan untuk Myanmar" akan disampaikan kepada etnik Rohingya di negara itu.
Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyerahkan 300 tan makanan serta barang keperluan apabila tiba di pelabuhan Yangon, Myanmar.
Beliau berkata selain makanan, 10,000 kotak "hygiene kit" mengandungi barangan keperluan kebersihan peribadi akan turut diserahkan.
Sejurus kapal yang membawa bantuan itu tiba di Yangon, barangan tersebut akan diserah kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar Dr Win Myat Aye.
"Kami mahu makanan dan sumbangan lain yang dibawa diterima oleh mereka (etnik Rohingya), sekarang kami dalam persiapan peringkat akhir untuk belayar," katanya selepas sesi taklimat berhubung misi itu di sini pada Rabu.
Abdul Azeez berharap misi itu berjalan lancar dan bantuan dapat diserahkan kepada masyarakat Rohingya yang dilaporkan ditindas sehingga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Misi membawa bantuan kemanusiaan kepada kelompok terjejas di wilayah Rakhine itu dijadual belayar dari Pelabuhan Klang pada Jumaat.
Misi itu yang menggunakan kapal "Nautical Aliya", akan disertai kira-kira 200 aktivis dari lapan negara membawa 2,000 tan bantuan termasuk makanan dan ubat.
Misi itu ialah anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan MAPIM dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 02 2017

Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyerahkan 300 tan makanan serta barang keperluan apabila tiba di pelabuhan Yangon, Myanmar. - Gambar fail

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari yang rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Myanmar beri jaminan bantuan akan diserahkan kepada Rohingya - KP1M
Kerajaan Myanmar memberi jaminan bahawa bantuan yang dibawa menerusi misi Flotila Makanan untuk Myanmar akan disampaikan kepada etnik Rohingya di negara itu.