Aplikasi untuk menempah teksi, MyTeksi kini membuka peluang pekerjaan kepada 6,000 pekerja Malaysian Airlines (MAS) yang mungkin diberhentikan kerja mulai 1 Jun.

Melalui satu kenyataan yang diedarkan di Facebook, My Teksi mengalukan semua pekerja MAS yang akan terjejas untuk menyertai syarikat mereka.

"Teman-teman di Malaysia Airlines, dalam menempuhi masa yang sukar ini, MyTeksi ingin membantu sesama rakyat Malaysia. Kami mahu menghulurkan tangan kami dengan mengajak anda semua menyertai keluarga besar kami,” kata MyTeksi melalui akaun Facebook mereka.


fb


Difahamkan, syarikat ini akan membuka peluang pekerjaan di bahagian jualan, khidmat pelanggan, pemasaran dan logistik khas untuk pekerja MAS yang bakal terjejas.

Malah, kenyatan Facebook yang dimuat naik dua hari lepas itu telah mengundang reaksi yang positif daripada pelbagai pihak.

fb1

Sementara itu, para netizen juga tidak melepaskan peluang untuk memuji insiatif MyTeksi yang menunjukkan semangat kekawan antara rakyat Malaysia.






Nasib 20,000 kakitangan MAS akan ditentukan hari ini, bila mana surat pemberhentian kerja akan diserahkan, namun dua pertiga akan menerima surat tawaran untuk menyambung perkhidmatan dengan syarikat penerbangan baru MAS, Malaysia Airlines Bhd.